GUANGZHOU, CHINA - Seorang guru berjaya menghalang pelajarnya terjun dari tingkat empat bangunan sekolahnya.
Sebelum kejadian itu, pelajar lelaki berkenaan bertelagah dengan gurunya sebelum cuba melompat keluar dari balkoni tingkat empat itu di hadapan para pelajar yang lain.
Namun, guru lelaki itu segera menarik pinggang dan menghalang pelajar berkenaan dari terjun ke bawah sebelum dibantu beberapa guru yang lain.
Video kejadian itu telah dimuat naik di media sosial dan telah ditonton lebih dari sejuta kali.
Jurucakap sekolah berkenaan yang dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku di kampusnya selepas guru berkenaan merampas telefon bimbit pelajar terbabit.
"Polisi sekolah menetapkan, pelajar dilarang menggunakan telefon bimbit sewaktu kelas sedang berlangsung," katanya.
Susulan kejadian tersebut, pelajar yang tidak didedahkan identitinya itu telah dipindahkan ke sekolah lain. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment