“Dan Kami mejadikan tidurmu untuk istirehat”.
Demikianlah firman Allah S.W.T. dalam Surah an-Naba’ [78], ayat 9.
Memanglah tidur itu satu bentuk istirehat yang penting. Justeru tidur penting untuk kesihatan. Ertinya kehilangan tidur boleh menganggu kesihatan.
Pada umumnya mengikut perkiraan pakar-pakar tidur, manusia menghabiskan separuh daripada usia mereka untuk tidur. Ertinya separuh daripada usia hayat mereka berada dalam keadaan pasif. Kerana apalah yang boleh dibuat oleh orang yang sedang tidur. Hanya mimpi. Itupun bukan di bawah kawalan mereka untuk menentukan mimpi.
Namun begitu, keperluan seseorang manusia kepada tidur itu berbeza-beza, antaranya bergantung kepada faktor usia, umpamanya bayi memerlukan lebih banyak tidur daripada kanak-kanak atau orang dewasa.
Menurut para doktor, pakar kesihatan, dan pakar tidur, kekurangan tidur boleh menyebabkan seseorang akan ditimpa oleh berbagai-bagai keburukan. Antara musibah-musibah itu yang dibariskan oleh doktor-doktor akibat kekurangan tidur ialah berupa problam fizikal dan mental. Antaranya:
-Orang yang tidak cukup tidur, berada dalam keadaan rayan, atau khayal, ataupun halusinasi.
-Orang yang tidak cukup tidur, berada dalam keadaan mudah marah atau mudah meradang.
-Orang yang tidak cukup tidur, berada dalam keadaan letih lesu dan tidak bermaya.
-Orang yang tdak cukup tidur berada dalam keadaan mengantuk.
-Orang yang tidak cukup tidur, kognitifnya mengalami kerosakan.
-Orang yang tidak cukup tidur mudah lupa.
-Orang yang tidak cukup tidur, jika dia menguap, maka menguapnya teruk sekali.
-Orang yang tidak cukup tidur, akan merosot kemampuannya untuk memberi tindak balas, dan mengalami kemerosotan dalam kemampuannya untuk menepati.
-Orang yang tidak cukup tidur, akan berada dalam keadaan mengigil atau menggelentar.
-Orang yang tidak cukup tidur, akan mengalami sakit atau ngilu otot-otot.
-Orang yang tidak cukup tidur, akan mendapat risiko diabetis atau penyakit kencing manis.
-Orang yang tidak cukup tidur, akan mendapat risiko penyakit jantung.
-Orang yang tidak ckup tidur, akan mengalami lambat pertumbuhannya.
-Orang yang tidak cukup tidur, mengalami kerosakkan sistem kekebalan pertahanan jasmaninya.
-Orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam akan mengalami rendah IQnya pada keesokan harinya.
-Orang yang tidak tidur dengan teratur juga akan melorong ke arah penyakitan dan kesakitan hingga kepada penyakit jantung.
Di samping itu ada lagi pendapat baru yang mengatakan kekurangan tidur itu boleh menimpakan kerosakan kepada otak. Demikian mengikut pendapat Professor Christian Benedicts, daripada Uppsala Universiti, Sweden.
Malah lebih jauh lagi, kata beliau, tidak tidur semalaman sahaja boleh menyebabkan berlaku perubahan kepada otak seperti akibat terkena pukulan kepada kepala.
Menurut beliau, otak memerlukan tidur untuk membersihkan bahan-bahan keracunan. Dengan kata lainnya, otak menggunakan tidur untuk membersihkan dirinya.
Dr. Benedict juga berpendapat kekurangan tidur boleh dikaitkan dengan meningkatnya bilangan orang yang nyanyuk atau Alzheimer, Parkison dan sklerosis berbilang [ multiple sclerosis].
Kata beliau peningkatan bahan-bahan kimia dalam darah akibat kehilangan tidur mungkin menyarankan selaras dengan kehilangan tisu-tisu otak.
Oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa penemuan itu menunjukkan bahawa tidur malam yang baik itu amat penting kepada kesihatan otak.
Demikianlah antara keburukan-keburukan yang harus ditanggung oleh orang-orang yang kurang tidur menurut para doktor.
Berapa Lama Perlu Tidur?
Persoalannya: Berapa lama sebenarnya yang diperlukan oleh seseorang untuk tidur dengan mencukupi?.
Kata para doktor yang prihatin dengan kesihatan manusia ialah antara lapan dan sembilan jam sehari.
Tapi mampukan kita orang Islam untuk menagih tidur selama lapan atau sembilan jam itu? Pukul berapa kita perlu tidur dan pukul berapa pula kita perlu bangun di waktu pagi?
Kalau kita tidur pukul sepuluh malam, ertinya kita kena bangun pukul nenam atau tujuh pagi untuk melengkapkan waktu tidur kita selama lapan atau sembilan jam itu.
Kalau mengikut jadual itu, pukul berapa pula hendak solat subuh bagi orang Islam?
Lagipun pada umumnya, pukul 6.30 pagi, kita sudah perlu keluar rumah untuk menuju ke tempat kerja. Kalau jarak rumah dengan tempat kerja jauh, mungkin mereka terpaksa turun lebih awal lagi. Ataupun kalau trafik jem, walaupun jarak rumah dan pejabat dekat, mereka terpkasa turun awal-awal juga untuk mempastikan sampai ke tempat kerja tepat waktunya.
Ini tidak lagi termasuk waktu yang diambil untuk solat malam oleh Muslimin dan Muslimah yang beriman dan bertakwa. Mereka tidak rela membiarkan masa-masa malam yang syahdu itu akan terlepas begitu sahaja tanpa diisikan dengan ibadat dengan berzikir, bermunajat dan berdialog dengan Allah Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Masa tidur malam orang-orang seperti ini amat sedikit sekali. Mereka tergolong dalam kategori para alim dan para wali. Namun begitu keesokan harinya mereka masih tetap segar dan mampu menjalankan tanggungjawab mereka seperti biasa juga berkat memenuhi malam dengan beribadat kepada Allah S.W.T.
“Masa malam inilah mereka bermunajat dan berdialog dengan Allah menerusi Qiamullail, doa, zikir dan istighfar. Mereka terasa betapa nikmatnya keheningan malam yang diisi dengan makrifat [ilmu mengenal sesuatu] kepada Allah, seolah-olah terjadi dialog rahsia antara hamba dengan Khalik. Sekurang-kurangnya, inilah masanya kita mengadu kepada Allah dan merasakan nikmat hidup bila kita mengadu kepada sumber kehidupan yang menciptakan diri kita dan dunia dengan segala isinya”. Kata-kata ini saya petik dari “Berdialog Dengan Allah Di keheningan Malam”, oleh Khairul Ghazali.
Baginda Rasulullah S.A.W. telah menggariskan berapa lama jangka masa yang perlu diambil oleh seseorang untuk tidur di malam hari dalam sabdanya, “Solat yang paling dicintai Allah ilah solat Nabi Daud a.s., dia tidur setengah malam dan bangun [untuk solat] sepertiga malam dan ia tidur pada sepernenam malam”, HR:Al-Bukhari.
Itulah caranya Nabi Daud as membahagi-bahagikan masanya untuk tidur dan bersolat pada waktu malam secara istiqamah.
Justeru orang-orang seperti itu, jika mereka tidur pukul sepuluh malam, mereka akan bangkit kira-kira pukul dua pagi untuk bersolat dan tidur kembali pada pukul empat dan bangkit kembali kira-kira pukul lima pagi untuk menunggu solat subuh yang tidak lama akan menjelang tiba sambil beribadat kepada Allah.
Justeru itu menurut bijak pandai Islam, orang-orang Islam yang beriman dan bertakwa hanya memerlukan masa selama kira-kira lima jam untuk terbaring di atas tilam diulit malam yang sering menutup mata orang-orang kurangnya imam dari bangun untuk berdialog dengan Allah. Bukanya lapan dan sembilan jam seperti ditetapkan oleh orang-orang Barat.
Kepada kita, faktor-faktor penyebab adalah penting mengakibatkan seseorng kurang tidur selama lapan atau sembilan jam semalam itu boleh ditimpa bencana. Umpamanya menghabiskan masa bersuka ria di kelab-kelab malam, berjudi, minum arak, berbuat maksiat, menonton tv yang tidak berfaedah, kemungkinan besar tidak cukup tidur malam itu boleh menimpakan berbagai-bagai penyakit ke atas mereka.
Sebab orang Islam yang beriman dan bertakwa, para ulama dan wali-wali, dalam Islam sejak sekian lama tidak mempunyai kecukupan tidur selama lapan dan sembilan jam semalam, tapi tidak pula menderita ditimpa penyakit akibat kekurangan tidur seperti itu. Malah mungkin ada di antaranya tidak pun tidur sepanjang malam kerana asyik berdamping diri dengan Allah, Maha Berkuasa. Namun begitu mereka masih boleh hidup sihat, segar bugar dan lanjut usianya.
Oleh itu ketepikan sahajalah pendapat pakar-pakar Barat itu tentang tidur, kerana boleh merugikan kita umat Islam, justeru dengan berbuat demikian bererti kita bertindak menjauhkan diri kita daripada Allah.
Sumber : pondokrahmat
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment