Nora Ariffin Kongsi Detik-Detik Cemas Pemergian Suami, Johan Nawawi Dan Hasratnya

Kehilangan orang yang tersayang sememangnya sangat menyakit dan memeritkan apabila kita sedar bahawa selepas ini tiada lagi senyuman, gelak tawa dan sebagainya yang akan membuatkan kita merinduinya.
Ini apa yang terjadi terhadap penyanyi, Nora Ariffin yang sempat meluahkan perasaannya apabila suaminya iaitu Johan Nawawi, seorang komposer terkenal pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
69e9d646f5c63170897aa9bbb8abe1c5_xl
Menurut Nora, hasrat Allahyarham dan beliau untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 25 tahun pada bulan April depan tidak kesampaian selepas Allahyarham telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
“Dia ada merancang untuk mengadakan persembahan pada majlis ulang tahun perkahwinan kami April depan. Dia kata nak pakai tuksedo pada hari itu dan saya pakai baju Azura. Ia seperti meraikan kembali perkahwinan kami. Namun perancangan Allah itu kita tidak tahu.”
johan
Nora juga sempat berkongsi cerita detik-detik cemas sebelum Allahyarham pergi buat selama-lamanya.
“Saya bawa dia ke hospital pada malam tadi dan terus ditahan di wad kecemasan, saya minta bilik eksekutif tapi penuh. Jadi saya terpaksa balik, selepas itu kira-kira pukul 5.30 pagi pihak hospital telefon beritahu arwah dalam keadaan tenat. Bila saya sampai, doktor beritahu arwah sudah meninggal dunia. Pada mulanya saya seakan-akan tidak percaya minta mereka buat pemeriksaan sekali lagi. Tapi saya reda dia pergi ke tempat yang lebih baik.”
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kami di SURIAfm mendoakan agar Nora sekeluarga terus tabah mengharunginya dan semoga roh Allahyarham tenang serta ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah….
Sumber : mStar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment