LALAT SEJAUH MANA BAHAYANYA KEPADA MANUSIA?



Lalat ialah sejenis serangga yang menjijikkan, malah juga menakutkan. Tidak ada siapa yang waras bersedia untuk makan makanan yang dihurung lalat.

Lalat dipandang jijik kerana  ianya sejenis serangga yang pengotor, yang suka berada dalam kekotoran dan makan bahan-bahan yang kotor.


Lalat ditakuti kerana ia boleh membawa beberapa jenis penyakit akibat tabiatnya yang pengotor itu.


Bila lalat mendapat makanan dan hinggap di atasnya untuk makan, ia terlebih dahulu akan mengeluar air liur dari mulutnya ke atas makanan tersebut untuk melembutkannya, kemudian menyerapkannya masuk ke dalam perutnya.


Lalat dilengkapkan dengan sejenis anggota “perasa” atau sesunggut yang merupakan sejenis penghidu bau yang amat sensitif.  Sesungut ini dapat mengesan bau busuk yang berada dalam jarak yang jauh sekalipun.


LALAT PENYEBAR PENYAKIT


Lalat mampu menyebarkan beberapa jenis penyakit. Ini berlaku kerana beberapa faktor, seperti cara lalat mengambil makanan, lalat suka terbang dan hinggap di tempat-tempat yang kotor, seperti di atas bangkai-bangkai, sampah, tahi dan suka berada dalam tandas yang kotor.


Bila lalat hinggap pada sesuatu benda yang kotor, maka kuman-kuman pada benda-benda itu akan melekat pada kaki, mulut dan juga bulu-bulu halus yang menutupi badannya. Dan bila lalat-lalat yang membawa kuman itu hinggap pula pada makanan-makanan, maka kuman-kuman itupun akan melekat kepada makanan-makanan tersebut, dan menyebarkannya kepada mereka yang memakannya.


Hanya dalam masa yang amat pantas, iaitu dalam masa beberapa detik sahaja, kuman-kuman yang ada pada jasadnya itu akan berpindah melekat kepada apa-apa makanan atau benda-benda yang dihinggapinya itu.


Penyakit-penyakit yang sering dibawa oleh  ialah tifoid atau demam kepialu, kolera atau taun, antrak dan penyakit batuk kering. tipus, berak darah, salmonella atau keracunan makanan.


Di samping ia juga boleh membawa cacing yang membawa peyakit.


Justeru itu ia dijeniskan sebagai makhluk perosak, dan ianya mudah ditemui di merata tempat. Hampir tidak ada tempat di muka bumi ini yang lalat tidak boleh ditemui.


Justeru, kita hendaklah sentiasa awas dan waspada dengan makanan-makanan yang kita makan supaya tidak terdedah kepada lalat dan langau untuk menikmatinya bersama-sama dengan kita atau mendului daripada kita memakannya.


Lalat mempunyai dua sayap dan boleh terbang. Kepalanya boleh bergerak ke kanan dan ke kiri. Kebanyakannya mempunyai mata yang luas, tapi mulutnya tidak mempunyai gigi, kerana itu ia tidak makan makanan yang keras sebelum dilembutkan terlebih dahulu dengan air liurnya, kecuali debunga.


LALAT DAN BUDAYA


Lalat mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam budaya manusia.. Ada cerita tentang lalat  dalam dongeng, khususnya Dongeng Greek, ada juga puisi tentang lalat, dan dalam zaman moden ini ada pula filem tentang lalat.


Dalam bahasa kita juga lalat digunakan sebagai bahan untuk menggambarkan keadaan sesuatu yang tidak baik, antaranya:


-Seperti lalat langau mengerumuni bangkai.
Ia bermaksud ramainya orang lelaki berkumpul di rumah wanita yang tidak bermoral.


-Seperti lalat mencari puru
Ia bermkasud, lelaki yang jahat pasti mencari wanita yang jahat juga.


Dan juga bermaksud, orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan cepat dan tergesa-gesa,

-Lalat pun belum terbang
Ia bererti waktu yang sangat pagi.

-Seperti lalat buta
Ia bermaksud, berpusing-pusing tidak keruanh dan hala tujunya.


-Lalat langau pun tidak ada.
Ia bermaksud, tidak ada seorang manusia pun di situ.


Sejauh yang diketahui lalat ini ada mempunyai beberapa jenis, iaitu lalat rumah dan lalat hijau yang menyebarkan penyakit di kalangan manusia. Selain itu ada lagi beberapa jenis lalat, dan dua jenis lalat lagi dipercayai tidak membawa penyakit, iaitu lalat yang dikenali dengan nama lalat buah dan lalat askar hitam.


Lalat hijau atau langau hijau, memang badannya berwarna hijau, dan berkilat, serta keadaannya lebih besar daripada lalat-lalat lain. Dan ia selalunya mengeluarkan bunyi berdengung.


BERGUNA


Lalat yang pengotor, menjijik dan menakutkan ini pun boleh memberi kebajikan kepada alam, khususnya manusia. Lalat hijau mempunyai cara yang tersendiri untuk berbuat demikian.


Untuk menjelaskan proses tersebut, maka saya petik dengan sedikit penyesuaian daripada sebuah rencana yang pernah disiarkan dalam estidotmy, 28 April 2004, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia [MOSTI].


“Dengan memakan dan memecahkan semula najis dan bangkai, lalat hijau membawa kembali nuterin penting seperti nitrogen dan karbon kepada tanah semula.


“Selepas lalat hijau bertelur di atas bangkai haiwan, larva yang menetas akan masuk ke dalam bangkai melalui lubang hidung atau biji mata.


“Ia akan membebaskan jus penghadaman dari mulut untuk memecah bangkai ke dalam bentuk cecair.


“Larva  ini akan makan semua bangkai dan meninggalkan tulang dan bulu.


“Lalat hijau ini hanya melakukan kerja membersihkan alam sekitar.


“Dengan memakan, menghadamkan dan mengeluarkan semula, larva mengkitar semula najis dan bangkai ke dalam bentuk yang lebih mudah seperti humus.


“Humus adalah bahan berwarna gelap, lembap, kerkhasiat dalam tanah yang berguna untuk menjadikan pokok tumbuh lebih sihat”.


Demikian estidotomy.


Allah berfirman, maksudnya:


“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada  di antara keduanya dengan main-main”.A;-Anbia[21]-16.




Sumber : pondokrahmat


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment