Sebagaimana diketahui kuku itu hidup, ertinya ia tumbuh memanjang dari waktu ke waktu hingga sampai ke tahap tertentu. Justeru ia perlu dipotong dari masa ke masa untuk keselesaan dan kemudahan hidup si empunya kuku.
Memotong kuku adalah cara yang terbaik untuk menjaga kuku supaya tidak tumbuh memanjang dan secara tidak langsung boleh membuang segala kekotoran yang melekat di dalam kuku. Biasanya kekotoran itu berwarna hitam.
Dalam Islam memotong kuku sunat, baik yang dikerat itu kuku tangan atau kuku kaki. Oleh itu sesiapa yang mengerat kuku dikurniakan pahala.
Namun begitu, sebahagtian besar daripada kaum wanita hari ini sukakan kuku yang panjang, kerana boleh menyebabkan jari-jemari mereka kelihatan runcing dan manis. Sedangkan untuk menjaga kuku panjang itu tidaklah mudah, dan kebersihannya tidak pula terjamin untuk masak memasak.
Kepada mereka yang ingin memotong kuku, baik lelaki atau perempuan, ini diberikan beberapa petua yang wajar diberikan perhatian.
Sebelum memotong kuku, lebih baik kiranya kuku-kuku itu direndam dalam air selama kira-kira 15 minit, supaya kuku menjadi lembut dan senang dipotong. Kemudian laplah kuku hingga kering, kemudian barulah dipotong. Ataupun setidak-tidaknya kuku hendaklah dipotong selepas mandi.
Kaedah Memotong Kuku
Mengikut petua kitab “Fathul Mu’ain” memotong kuku hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang tertentu, sebagaimana berikut:
Mengikut petua kitab “Fathul Mu’ain” memotong kuku hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang tertentu, sebagaimana berikut:
Memotong kuku hendaklah dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan terlebih dahulu, dan terus sampai ke jari kelingking tangan kanan.
Sesudah itu, kerat pula kuku ibu jari tangan kanan, dan bila selesai terus disambung ke kuku jari kelingking tangan kiri pula.
Setelah selesai memotong kuku jari kelingking tersebut, hendaklah teru mengeratnya hingga sampai ke ibu jari tangan kiri.
Tapi mengikut kitab “Fathul Mu’ain” memotong kuku kaki berbeza dengan cara memotong kuku tangan.
Untuk memotong kuku kaki, hendalah dimulakan dengan memotong kuku kelingking kaki kanan, dan bila selesai lalu terus ke kelingking kaki kiri. Kemudian dikuti dengan memotong kuku jari-jemari kaki yang lain, satu demi satu secara berturut-turut sehingga semuanya selesai
Selepas dipotong tangan dan kuku hendaklah segera dibasuh.
Kuku-kuku yang dipotong hendaklah dipugut dan dikumpul, jangan dibiarkan ia mengotori meja, lantai atau karpet. Sebaik-baiknya hendaklah ditanam dalam tanah.
Orang tua-tua kita pantang membuang keratan kuku mereka merata-rata tempat, khususnya kuku wanita, kerana dibimbagi orang-orang yang berniat jahat akan memungut kuku-kuku itu untuk dijadikan sebahagian daripada bahan sihir guna-guna.
Hari Mengerat Kuku
Mengerat kuku pula ada hari-hari tertentu. Sunat mengerat kuku pada hari Khamis dan Jumaat, iaitu termasuk dalam sunat menghias diri, seperti membuang bulu ketiak, bulu ari-ari dan sebagainya.
Mengikut petua orang tua-tua kita pula hari-hari kita mengerat kuku itu boleh memberi kesan pada diri kita. Ia hanya sekadar petua yang tidak boleh dipercayai secara mutlak sebagaimana petua-petua yang lain juga.
Memotong kuku pada hari Khamis dipercayai dapat mengeluarkan penyakit dari tubuh badan kita dan menyembuhkannya.
Memotong kuku pada hari Jumaat dipercayai mendapat kurniaan rahmat daripada Allah SWT.
Tapi memotong kuku pada hari Sabtu dipercayai dapat mengundan g penyakit.
Memotong kuku pada hari Ahad dipercayai boleh menyebabkan kerugian dan kepapaan.
Memotong kuku pada hari Isnin dipercayai dapat mengeluarkan penyakit dari badan dan menyihatkan tubuh badan.
Memotong kuku pada hari Selasa dipercayai boleh menyebabkan hilang kesihatan dan ditimpa penyakit.
Memotong kuku pada hari Rabu dipercayai boleh menyebabkan kepapaan.
Demikianlah sedikit petua peninggalan orang tua-tua kita sekadar untuk renungan.
Sumber : pondokrahmat
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment