Cara Merawat Kulit Wajah Agar Kelihatan Segar Dengan Menggunakan Ais Kiub



Alangkah lega tekak tatkala meneguk air minuman yang diletakkan ais. Memang sangat nyaman, lebih-lebih lagi jika cuaca panas. Tetapi sebenarnya bukan itu sahaja kelebihan ketulan ais kerana ia juga sebenarnya boleh membuatkan wajah anda tampil segar dan  ‘flawless’, jika diamalkan dengan mengoles terus pada wajah atau dibuat ‘facial’.

Menurut satu kajian fungsi ais ini sebenarnya yang melancarkan perjalanan darah pada kulit bahagian ini. Dan pastinya akan menyebabkan wajah kekal segar dan berseri.

Untuk ‘facial’ wajah, anda boleh ikuti tiga langkah mudah ini.

1. Penuhkan mangkuk besar dengan air sejuk.

2. Tambah ketulan ais.

3. Pin rambut anda ke belakang kemudian rendam wajah dalam air ais ini selama 10-30 saat. Lakukan sebanyak tiga kali.

Berikut adalah 5 lagi kelebihan ais yang perlu anda manfaatkan.

1. Ia membantu mengecilkan pori-pori wajah sekali gus mengurangkan kotoran tersumbat yang menjadi penyebab jerawat. Ketulan ais juga akan membantu mengurangkan bengkak akibat jerawat dengan cara mengolesnya pada kulit yang bermasalah.

2. Kulit yang terbakar selepas percutian di pantai boleh diredakan dengan ais. Rawatan ‘facial’  ais akan menenangkan kulit yang merah akibat sinar UV.

3. Amalan ‘facial’ ais untuk melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah juga mampu buat wajah lebih awet muda.

4. Mengoleskan ketul ais sebelum mekap akan membantu solekan tahan lebih lama jadi anda tak perlu selalu ‘touch up’.

5. Bagi anda yang selalu tidur lewat dan mengalami lingkaran hitam bawah mata oles ais pada bahagian ini untuk mengurangkan bengkak. Ia juga adalah rawatan paling singkat untuk menjadikan mata lebih segar.

SUMBER: VANILLA KISMIS



via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment