Buah dada model hampir meletup dipukul teman lelaki

Seorang model di China mendakwa menjadi mangsa penderaan domestik selama tiga tahun apabila menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya.
Wanita tersebut, Wang Rui’er menyiarkan gambar yang menunjukkan beberapa kesan bengkak di bahagian muka, kaki dan juga payudaranya.
Model berusia 23 tahun itu yang menetap di Beijing, memuat naik gambar itu dalam laman sosial Sina Weibo dan menyalahkan bekas teman lelakinya atas keganasan tersebut.
Dalam kenyataannya, Rui’er berkata, bekas teman lelakinya itu menceritakan semula kejadian yang menimpa dirinya sepanjang tiga tahun lalu.
“Kita telah bersama selama tiga tahun. Saya mengakui pada mulanya memilih anda kerana wang tetapi saya perlu menanggung penderitaan akibat didera dan dipukul anda sepanjang tempoh tersebut.
“Fikirkan semula, saya mempunyai ramai peminat yang juga kaya. Jika saya mahukan wang, kenapa saya perlu bersama kamu selama tiga tahun.
Buah dada model hampir meletup
Buah dada model hampir meletup
“Sehingga malam semalam, kamu memukul saya dengan kuat sehingga payudara saya hampir meletup. Saya mengambil keputusan untuk tidak bersama kamu lagi walaupun ditabur dengan wang dan membayar kos pembedahan.
“Ya semuanya sudah berakhir. Sila berambus dari hidup saya,” katanya.
Pendedahan mengejutkan itu mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna Weibo tentang tindakan Rui’er tidak menghubungi pihak polis.
Rui’er menjadi popular dalam kalangan pengguna Internet pada 2012 apabila menyertai pertandingan model.
Dia telah menghabiskan wang sebanyak 117,075 pound (RM645,450) untuk menjalani pembedahan plastik bagi mendapatkan bentuk tubuh badan dan rupa yang menarik.

Malah dia juga pernah menerima tawaran untuk membintangi filem lucah, tetapi menolak pelawaan tersebut.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment