PILIBHIT, INDIA - Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki membawa kepada penemuan mayat mangsa telah dibunuh, dipenggal kepala, dilapah dan dagingnya dimakan seorang lelaki disyaki penagih dadah.
Lapor Hindustantimes.com, dalam kejadian Selasa lalu, mangsa, Mohammad Monis, 7, yang sedang bermain di luar rumah bersama kanak-kanak lain, dibawah oleh lelaki berkenaan, Nazim Miyan, 20-an, ke sebuah rumah di kawasan itu dan lalu membunuhnya.
Kehilangan mangsa menyebabkan penduduk melancarkan usaha mencarinya di kawasan sekitar.
Ibu Nazim yang turut menyertai usaha mencari mangsa itu bagaimanapun terkejut apabila menemui anaknya itu dalam rumah tersebut yang duduk disebelah mayat mangsa yang telah dipotong-potong, segera menghubungi polis.
Ketua Polis Pilibhit, Devranjan Verma berkata, anggotanya terkejut melihat keadaan mayat mangsa yang amat mengerikan itu.
Kepala mangsa di tepi tubuh yang dipotong dengan kulit serta bahagian dada sudah dirobek, manakala organ dalaman dan darah bersepah di lantai.
Kes di india
Posted by Kelab Peminat Sari Yanti on Friday, February 24, 2017
Nazim juga sempat dibelasah penduduk ketika dibawa keluar, namun diselamatkan oleh polis. Nazim juga tidak melawan ketika ditahan. Polis turut menemui pisau dan penggali tanah di tempat kejadian.
Orang ramai kemudian berkumpul di hadapan balai polis yang menuntut agar Nazim dibunuh.
Nazim dibawa ke mahkamah semalam bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan pelbagai tuduhan termasuk membunuh dan menculik. - The Reporter
Sumber: Daily Mail, Hindustantimes, Harian Metro
Blogger Comment
Facebook Comment