Satu rumah bau bangkai, rupanya berpunca dari 'batu' resdung dalam hidung



Saya dah kena selesema selama tiga bulan. Itu petanda awal yang saya dapat. Dua minggu sebelum bersalin ketika berada di pejabat, sewaktu saya menghembus hingus, terasa ada seketul objek seakan batu keras terjatuh dari mata ke lubang hidung. 

Sehari sebelum batu itu terjatuh, suami saya tak boleh tidur sebab satu rumah berbau macam bangkai ikan masin. Ikan masin kan busuk semacam. Inikan pula ikan masin yang dia biarkan bertahun-tahun. Ala-ala busuk masam gitu. 

Saya terus pergi ke Hospital Selayang, terus dirujuk ke bahagian kecemasan. Doktor periksa, tak boleh tarik. Jadi doktor pakar terus buat pembedahan kecil. Saya terpaksa dibedah tanpa dibius. Serius sangat sakit sebab ibu mengandung tak boleh disuntik dengan morfin, bimbang akan mendatangkan kesan pada bayi dalam kandungan.

Sudahlah dibedah hidup-hidup. Orang keliling dengar saja saya menjerit-jerit. Sampai terkucil saya dibuatnya semasa dia seluk batang besi kamera kecik itu ke bawah hidung sampai tekak.

Memang darah terpercik apabila doktor pakar tarik batu itu keluar dari hidung. Memang pedih, sakit, ditambah pula hidung saya discoop dengan batang besi yang panjang.

Inilah rupa batu tersebut selepas keluar, lembut saja sebenarnya. Selepas sehari disimpan, dia menjadi keras seperti konkrit. Sampaikan doktor nak buat eksperimen. Dia ambil batu besar, ketuk batu ini. Bila pecah, guess what? Bau dia macam bangkai. Serius satu wad boleh bau, pengsan nurse. Hahaha! Kalau korang nampak bahagian atas itu ada bulat kecil, itu tengah nak membesar, ibarat fungus. 

Selepas itu, saya terus ditahan di wad sehari dan dipantau 24 jam kerana hidung berdarah tanpa henti. Dengan pakaian, spender apa semua pun tak bawa. Kereta yang saya letak di tepi jalan pun kena saman. Dan masa itulah suami berpeluang tidur lena di rumah. Dia kata bau bangkai dah tak ada, Selepas sembuh, seminggu itu juga saya dibahan oleh suami sebab saya bau bangkai. Hahaha! 

Keesokan harinya discharge dan bayar RM5 saja. Sekarang dah tak ada selesema lagi. Hidung saya bebas dari sinus, selesema dan pendarahan 100%.

Semasa saya taip ini pun masih terasa sakitnya. Tetapi serius cakap selepas menjalani pembedahan kecil itu, hidung saya dah pulih dan terasa lapang sangat sampai rasa macam, 

"Wauuu! Macam ini ke orang lain bernafas secara normal?!" 

Memang nak sujud syukurlah pada masa itu.

Inilah batu tersebut yang tersangkut semasa aku berada di office. Masa ini terasa macam ada benda terjatuh dari mata ke lubang hidung. Maaf, gambar agak menggelikan.
Yang ini aku kerap berdarah. Ada orang jenis selesema sahaja.
Selepas operate, terpaksa bertahan seperti ini selama 24 jam. Seksa, tak boleh tidur. Untuk pengetahuan semua, yang kena lubang kiri, jadi di lubang kiri ada span yang agak besar saiz ibu jari kaki. Sakit sangat. 
Selepas berjaya dikeluarkan. Doktor pecahkan dan baunya memang bau bangkai
Sinus atau resdung berpunca dari apa yang kita hidu, pemakanan dan cara mencuci hidung. Pemakanan 90% mempengaruhi kita. Contohnya, kalau ada resdung tak boleh makan benda terlalu panas atau terlalu sejuk. Jadi kena makan makanan biasa-biasa sahaja. Tak boleh makan benda berlada atau pedas, elakkan makanan yang gatal. Itu asasnya. 

Selain itu persekitaran. Jangan hidu asap terlalu banyak. Pakai topeng pernafasan semasa menunggang motosikal. Elak berada di tempat berdebu dan yang paling penting untuk lelaki, jangan cabut bulu hidung kecuali bulu itu dah terkeluar dari lubang. Ini bukan lucah, sebab bulu hidung andalah pintu untuk lubang hidung anda. 

Bagi mereka yang mengalami masalah resdung, mereka mungkin tidak akan perasan bau busuk di dalam hidung sendiri sebab ia sudah sebati. 

Deria rasa juga akan hilang atau berkurangan. Makanan yang masin pun saya tetap tak rasa masin. Sampai satu tahap bila saya masak, suami muntah sebab lauk terlampau masin macam air laut. Itu perkara biasa bila sinus. 

Kerap bersin, itu tanda nak ke sinus. Tapi tak tentu sama ada sudah teruk atau belum. Kadang-kadang resung ini tak semua orang sama. Ada yang ada batu seperti saya, ada yang hanya berdarah hidung, ada yang gatal-gatal atau hidung berair sahaja.

TANDA-TANDA SINUS:
  • Kerap selesema
  • Bersin
  • Batuk
  • Hidung berair
  • Mata berair
  • Kerap gagal hidung
  • Gatal seluruh muka
  • Kurang penderangan
  • Kurang deria bau
  • Kurang deria rasa
  • Bau busuk di mulut atau hidung sendiri
  • Hidung berdarah

BUAT PEMERIKSAAN SEBELUM TERLAMBAT

Setiap orang boleh buat pemeriksaan percuma di hospital berdekatan dan doktor akan mengajar kita cara mencuci hidung dengan betul. Asalkan kita ikut cara yang betul memang resdung akan berkurangan. Tetapi resdung tidak akan hilang sebab kita tak kawal pemakanan. 

CARA MEMBERSIHKAN HIDUNG

Bagaimana cara mencuci hidung? Saya cuci hidung menggunakan air garam. Tetapi air garam yang saya buat sendiri agak pedih sedikit. Lebih baik beli kit khas yang ada dijual di farmasi. Jangan gunakan air paip. Kalau nak guna, boleh tetapi kalau tersedak jangan menangis. 

Cuci hidung di waktu pagi sekali, dan di waktu malam sekali. 

Jika mengikut cara saya, ambil air garam, penuhkan picagari. Masukkan ke dalam hidung sambil picagari hadap ke tepi. Contoh, lubang hidung kanan, tapi picagari ke sebelah kiri. 

Agak-agak je masuk, jangan masuk semua. Bila dah masuk, tarik nafas kemudian picit air garam tadi. Dah picit, automatik meleleh dan hembus saja. 

Untuk mengetahui sama ada proses mencuci hidung itu berjaya atau tidak, semasa kita picit lubang kanan, air itu mesti akan mengalir keluar dari lubang kiri.

UBAT TRADISIONAL (PENDAPAT SAHAJA)

Bagi saya, tiada guna ubat tradisional. Pergi dapatkan rawatan terus di hospital. Kalau wanita yang belum hamil, pihak hospital boleh buat x-ray, laser treatment dan sebagainya.

Buatlah pemeriksaan di hospital. Doktor akan masukkan batang besi kamera dalam lubang hidung. Sudah semestinya akan terasa sakit sedikit sebab berlaga dengan dinding hidung. Tetapi jika kita duduk diam, tak terkena pun. 

Jadi, jagalah hidung anda. Buat pemeriksaan di hospital dan dapatkan rawatan segera sebelum ia menjadi lebih teruk. - Ditulis semula untuk siaran di The Reporter sahaja. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment