Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah dia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah dia makan dan jika dia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.”Hadis Riwayat at-Tabrani
Dengan itu, hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat pada majlis itu. Namun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu. Antaranya:
1- Orang yang dijemput tidak berkeuzuran yang tidak menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut.
2- Tidak ada perkara-perkara mungkar seperti minuman arak, majlis tari-menari pada majlis tersebut.
2- Tidak ada perkara-perkara mungkar seperti minuman arak, majlis tari-menari pada majlis tersebut.
Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu jemputan ke walimatulurus tidak wajib dipenuhi. Antara yang disebut oleh Imam an-Nawawi adalah seperti berikut:
1- Jika makanan yang dihidangkan tidak halal atau mengandungi syubhah.
2- Jemputan dikhususkan kepada orang-orang tertentu (kaya) sahaja.
3- Jemputan yang didorong dengan niat tertentu (tidak ikhlas).
4- Terdapat kemungkaran dalam majlis tersebut.
5- Kehadirannya ke majlis walimah boleh mendatangkan mudarat kepadanya.
6- Jemputan tidak ditujukan kepada diri seseorang secara peribadi, hanya secara umum.
7- Telah menyatakan keuzuran terlebih dahulu kepada yang menjemput.
8- Seorang isteri yang tidak mendapat keizinan suami.
Dalam kalangan ulama juga berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.
1- Individu yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.
2- Orang yang dijemput adalah menyeluruh tanpa mengira pangkat atau kedudukan (tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin).
3- Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus sama ada dengan cara menemuinya atau melalui kad jemputan.
4- Semua perbelanjaan untuk majlis daripada sumber yang halal.
5- Tidak menyakiti orang yang dijemput.
6- Tidak ada yang mungkar dalam majlis itu.
7- Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.
8- Tiada sebarang keuzuran yang menghalang jemputan tersebut hadir.
Namun begitu, terdapat perbezaan untuk menghadiri kenduri-kenduri lain, seperti majlis pertunangan, tahlil dan sebagainya. Kebanyakan ulama berpendapat dan menghukumkannya tidak wajib dipenuhi. Tetapi, jika tidak ada keuzuran, maka hukumnya adalah sunat.
Sekiranya terdapat banyak jemputan kenduri pada hari yang sama, maka lihatlah pada jenis kenduri yang dijemput. Sekiranya jemputan itu ada yang wajib dan ada yang sunat, utamakanlah yang wajib terlebih dahulu.
Namun, jika semua jemputan adalah kenduri walimatulurus, berilah keutamaan kepada yang paling hampir, iaitu antara saudara dekat ataupun suadara jauh. Begitu juga keadaan antara jemputan jiran yang jauh atau dekat, utamakanlah jiran yang dekat terlebih dahulu.
Kesimpulannya, menghadiri kenduri terdapat banyak hukum ke atasnya, iaitu wajib menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.
Setiap yang dihukumkan oleh Islam pasti terdapat kebaikan tersendiri. Antaranya hukum wajib menghadiri kenduri adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta menambah kemesraan, memupuk kerjasama dan bantu membantu selain mengukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.
Sumber : tazkirah.net
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment