'Dia serang kami dulu, bawa gengster menyebabkan pelanggan kami lari' - Pieyan


PETALING JAYA - Susulan viral video peniaga tidak berpuas hati ada peniaga yang lain turut berniaga di kawasan yang sama, lelaki dalam video tersebut tampil memberi penjelasan. 

Pieyan menjelaskan, peniaga berkenaan terlebih dahulu telah menyerang mereka dengan membawa gengster bagi menakutkan mereka. 

"Video yang telahpun diviralkan itu adalah saya. Cerita di sebalik kes ini adalah tidak betul. Saya tidak akan membabi buta menyerang orang tanpa sebab. 

"Sebenarnya pihak dia telah menyerang kami dulu dengan membawa gengster sehingga menyebabkan pelanggan kami lari ketakutan," katanya. 

Difahamkan ibu Pieyan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Berdasarkan laporan polis tersebut, semasa keluarga berkenaan sedang berniaga di gerai tepi jalan di Jalan Ara SD 7/1 Bandar Sri Damansara, mereka telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali dari gerai sebelah yang baru sahaja berniaga di kawasan itu lebih kurang seminggu. 

"Tiba-tiba lelaki itu menyerang saya dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun saya dan sekeluarga. Pada masa yang sama dia telah merakam kejadian perselisihan faham yang berlaku dan viralkan di Twitter. 

"Individu itu juga telah memburuk-burukkan perniagaan saya sehingga orang memandang serong terhadap saya di media sosial. 

"Selepas kejadian itu, individu berkenaan telah datang membawa gengster menyerang gerai kami dan mengugut kami sekeluarga berkenaan perniagaan kami," tulis Zaiton Harun dalam laporan polis yang dibuat semalam di Balai Polis Sri Damansara. 


Sementara itu, Pieyan pula menganggap kes itu telah selesai serta berharap video itu tidak disebarkan lagi. - The Reporter

Artikel berkaitan:

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment