Oleh Alwe Shafaee
Bukan mau cakap apa, rata-rata yang ada di poli ini semuanya berusia 18 tahun ke atas. Tapi buat perangai teruk macam budak tadika. Tapi di tadika sekarang pun ajar selepas makan kena bersihkan tempat bagai.
Tak kasihan ke pada makcik, pakcik yang kutip sampah dan pinggan kau selepas makan? Memanglah kerja mereka tetapi tak ada sedikit pun rasa bersalah buat perangai macam ini? Makcik dan pakcik itu lebih tua dari korang semua.
Ada pelajaran ke, tak ada pelajaran ke, takkan tak tahu adab selepas makan? Cuba kau bayangkan kalau ibu bapa kau yang kutip sampah/pinggan itu. Tak rasa sedih? Tak rasa bersalah?
Tolonglah berubah. Tahulah kau belajar dan selepas ini dapat diploma tetapi adab kau tak setaraf diri kau yang ada diploma. Kalau nak kata tak ada tong sampah di sekitar kawasan ini, ada saja tong sampah disediakan di belakang pintu.
Kalau nak kata meja dan kerusi di kafeteria tak cukup untuk duduk, okay memang tak cukup dan korang makan di atas lantai. Itu bagus, dah kira korang tak memilih. Tetapi adab selepas makan langsung tak ada.
Kau bangga dan senyum lebar, sedangkan makcik dan pakcik yang kutip sisa kau itu, mereka lebih tua dari kau. Aku bukan baik sangat post tentang hal ini tetapi kau dah boleh berfikir sendiri.
Kalau tak mampu letak di tempat yang betul, sekurang-kurangnya janganlah disepah-sepahkan. Apa yang kau nak tunjukkan dengan perangai macam itu? Nak tunjuk yang kau ada diploma dan selepas ini boleh buat sesuka hati?
Sebab itulah aku post sebab salah seorang dari korang aku kenal. Memang geng dress up bila pergi ke kelas. Taiko genji apa semua. Teringin nak tegur korang depan-depan, risau pula kalau ada di antara korang tak boleh menerima teguran.
Bacalah, baca apa yang aku tulis ini. Semoga tuhan 'balas' apa yang kau dah buat. Dengan perangai teruk macam ini, kau takkan kemana.
Blogger Comment
Facebook Comment