8 Sebab Kenapa Amalan Dan Ibadah Menjadi Sia-Sia


Sesungguhnya tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Jadi semua ibadah yang dikerjakan mestilah berlandaskan kepada iman, iaitu percaya bahawa hanya Allah sebagai penjamin hidup kita di dunia dan akhirat.
Namun, tidak semua amal ibadah kita diterima olehNya kerana terdapat syarat yang mungkin tidak penuhi dalam ibadah tersebut, antaranya;

#1- Memakan Harta yang Haram

Memakan harta haram sama saja dengan menumbuhkan daging yang haram dalam tubuh kita. Ini termasuklah memakan makanan yang dicuri, hak kepunyaan anak yatim, serta makanan yang ternyata haram hukumnya seperti babi.
Memakan makanan yang haram juga membuatkan doa manusia tidak dimakbulkan Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Ibadah yang disertai dengan memakan (makanan) yang haram sama saja seperti (mendirikan) bangunan di atas pasir.”
Al-Bihar 103 : 16

#2- Derhaka Terhadap Ibu Bapa

Menderhaka kepada ibu bapa sehingga menyakiti hati mereka akan menyebabkan amal ibadah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.
Bersikap menghormati dan menyayangi ibu bapa sangat dituntut dalam Islam. Bukan saja tidak dimakbulkan doa, tetapi tidak akan mendapat keberkatan hidup kepada sesiapa yang menderhaka.
Imam Jaafar al-Shidiq mengatakan;
“Barang siapa yang memandang kedua-dua orang tuanya dengan pandangan kesal atau benci, maka solatnya tidak diterima.”

#3- Mengumpat (Ghibah)

Mengumpat merupakan perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT, begitu juga dengan perlakuan fitnah yang memecah-belahkan umat, sehingga setiap amal ibadah si pelaku tidak diterima oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda;
“Barangsiapa yang mengumpat (ghibah) seorang muslim lelaki ataupun perempuan, maka tidak diterima solatnya dan puasanya selama 40 hari 40 malam, kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya.”

#4- Minum Arak

Arak atau khamar merupakan minuman yang memabukkan yang membuatkan fikiran manusia menjadi menjadi separa sedar dan sukar dikawal. Minuman itu memberi banyak kesan buruk serta menyebabkan amal ibadah seseorang itu tidak diterima oleh Allah.
Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Orang yang minum khamar tidak diterima solatnya selama 40 subuh (hari).”

#5- Meringan-ringankan Solat Dan Ibadah Lain

Menunda daripada mengerjakan solat, seperti solat fardhu, dan solat jumaat serta meremehkan perbuatan solat boleh membuatkan amalan ibadah lain tidak diterima Allah SWT.
Contohnya, berpuasa di bulan Ramadan, tetapi tidak mendirikan solat wajib. Sama juga, bersolat tetapi melakukan fitnah, bukankah semua itu sia-sia?
Dengan itu, solatlah di awal waktu, dan angkatlah setiap suruhan Allah di tempat yang tertinggi supaya Allah memandang setiap amalan soleh yang dikerjakan. Sesungguhnya solat adalah tiang agama Islam.

#6- Tidak Ikhlas

Ikhlas adalah kunci utama dalam beribadah. Jika sesuatu ibadah dilakukan atas niat lain seperti ingin dihormati, maka itu merupakan perbuatan yang tidak ikhlas dan menyebabkan amal ibadah yang lain tidak diterima oleh Allah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Jika engkau melakukan amal (ibadah), lakukanlah semata-mata kerana Allah dengan ikhlas, kerana tidak akan diterima amal ibadah dari hambaNya, kecuali yang dilakukan dengan ikhlas.”
Hadis Riwayat Bukhari

#7- Bermegah Dan Bangga dengan Dunia

Allah SWT tidak akan menerima amal ibadah seseorang hambaNya yang melakukan amal ibadah yang bermegah-megah dengan harta benda, melainkan hartanya itu diinfaqkan kepada golongan miskin sebagai sedekah.
Begitu juga dengan sikap riak yang merupakan sifat inginkan pujian selain dari Allah, terutamanya dalam melakukan amal ibadah. Pendek kata sikap ini adalah menunjuk-nunjuk akan amalannya supaya dipuji. Semua ini adalah sikap yang sangat tidak disukai Allah SWT.

#8- Takabbur

Takabbur adalah sikap yang menyamai kesombongan yang sangat dibenci oleh Allah. Amalan yang dilakukan bukan berniat untuk Allah tetapi kerana perkara lain. Maka Allah menolak amal ibadah yang dilakukan oleh golongan ini sehingga dia bertaubat.
Sikap ini sebenarnya bukan sahaja menjauhkan doa dari dimakbulkan Allah, tetapi turut menjauhkan kita dari Allah. Bahkan dalam kalangan manusia sendiri tidak menyenangi golongan yang takkabur ini.
Kesimpulannya, wajib untuk mengetahui cara beribadah dan syarat-syaratnya agar setiap amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan setiap perbuatan itu tidaklah sia-sia belaka. Semoga setiap amalan kita diterima dan dinilai baik oleh Allah SWT.
Amin.


Sumber : tazkirah.net


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment