(ViraL) Sebab tulah Atok Kau tak cari lain. Kalau nak sihat & nampak muda dari usia macam tok, kenalah pantang betul betul !

Sebab tulah Atok Kau tak cari lain. Kalau nak sihat & nampak muda dari usia macam Tok, kenalah pantang betul-betul !

Wanita berpantang bukan ultraman - so jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat. 



Sebab tulah atok tak cari lain. Kalau nak sihat & nampak muda dari usia macam tok, kenalah pantang betul betul ðŸ˜Š

Nak kuat & bertenaga macam tok walaupun dah umur 70 tak? ikut tips berpantang ni ðŸ˜Š :

1. Stokin - Wajib pakai... untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.

2. Dilarang mencangkung - koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?

3. Rapatkan kaki - Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. kesian miss v... Rapatkan kaki anda, dan bantu'nya' cepat sembuh dari luka.

4. Wanita berpantang bukan ultraman - so jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.

5. Bangun di awal pagi & elakkan tidur di waktu senja - Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.

6. Jangan keluar rumah kecuali ke klinik - wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh mengundang 'orang ketiga'. Elakkan.

7. Jaga ibu jari kaki - Bagi sesetengah wanita, Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan mereka pitam, malah bentan.

8. Adab ketika mandi - Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah diatas bangku dan mandi air yang sedikit panas.

9. Terdedah dengan aircond dilarang sama sekali - Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.

10 Bertungku mengecutkan batu meriyan, mengurut mengangkat rahim dan mandi herba menyegarkan badan diterangkan dalam buku 9Bulan 10Hari.

11.Menu berpantang - Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment