Sayu : Kami rindu ayah dan ibu .. Wajah terkini 3 beradik anak yatim piatu selepas kemalangan (8Gambar)

Slim River : Anak-anak kepada sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 371.9 Lebuhraya Utara-Selatan pada 20 Disember  Mia Dhelisya Ridzuan, Ayra Batrisya danRania Elysya, kini beransur pulih namun jelas wajah mereka muram dan trauma apa yang berlaku kepada keluarga nya.
Dalam insiden kira-kira pukul 3.30 petang 20 Disember tahun lalu, Ridzuan Abdul Rajak, 33, dan isterinya Intan Maizura Aidul Badri, 34, maut manakala anak mereka Mia Dhelisya Ridzuan, 6, Ayra Batrisya, 4, dan Rania Elysya, 2, cedera parah.




Abu Bakar Baharom, 36, adik ipar kepada Intan Maizura berkata beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa Mia Dhelisya masih tidak sedarkan diri dan tulang rusuknya patah.

"Sebelah buah pinggang Mia Dhelisya mungkin rosak, namun kami masih lagi menunggu keputusan daripada doktor pakar. Ayra Batrisya mengalami patah kaki dan cedera di bahagian muka manakala Rania Elysya pula patah kedua-dua belah kaki serta luka di kepala," katanya ketika ditemui pemberita di hospital itu.
Menurut Abu Bakar, anak sulung pasangan itu enggan pulang ke rumah mereka di Shah Alam, Selangor semalam, tetapi terpaksa memandangkan cuti Intan Maizura sudah habis dan perlu bertugas semula.
"Sepatutnya keluarga itu bertolak dari kampung (Taiping) ke Shah Alam pada sebelah petang tetapi diawalkan ke tengah hari. Mia Dhelisya merengek-rengek tak mahu balik sebab nak tunggu isteri saya balik dari kerja," katanya.
Wajah terkini 3 beradik ini dirakam semasa lawatan oleh Ustaz Idris Ahmad ke rumah nenek mereka di No22 Blok B Rumah Awam Batu 2 1/2 Jalan Simpang Taiping.
Pada sesiapa yang ingin membantu ketiga-tiga beradik ini boleh Bank in ke akaun Neneknya Tom bt Dan 158051383431.
Semoga ketiga beradik ini cepat sihat dan kuat untuk tempuhi dihidup mereka walaupun tanpa ayah dan ibu mereka. Credit FB : Idris Ahmad

via CeritaGempakKomuniti
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment