Kaki, tangan dan mulut 3 kanak-kanak taska diikat kerana enggan tidur


KAJANG, SELANGOR - Gambar tiga kanak-kanak diikat kaki, tangan dan mulut menggunakan kain, viral di media sosial semalam mencetuskan pelbagai reaksi netizen, lapor Harian Metro.

Menurut individu yang memuat naik gambar berkenaan, kejadian dera itu berlaku di sebuah taska di Seksyen 15, Bangi. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu semalam. 

"Setakat ini, pihak kami belum dapat mengesahkan kesahihan gambar yang tersebar. Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak," katanya. 

Berdasarkan sumber yang dipercayai bekas pekerja taska tersebut yang bertanggungjawab memuat naik gambar berkenaan meminta orang ramai menyebarkan kejadian penderaan kanak-kanak yang didakwa berlaku di sebuah taska di Seksyen 15, Bangi. 

Individu berkenaan juga meminta agar ibu bapa lebih berhati-hati memilih tempat selamat untuk menghantar anak mereka.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai diperlakukan sedemikian kerana enggan tidur. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment