Beli External Hardisk, Tapi Dapat Batu


KUALA LUMPUR - Hajat seorang peniaga online membeli sebuah external hardisk di laman jualan barang online bagi menampung permintaan pelanggannya, menjadi tidak kesampaian apabila barang yang pesan telah ditukar dengan batu konkrit.

Walaupun enggan menunding jari kepada mana-mana pihak, namun Zahari Razali kesal dengan apa yang berlaku, sedikit sebanyak telah menjejaskan perniagaan onlinenya. 

"Sendiri jual external, sendiri kena tipu. Terpaksa order untuk topup stock customer order last minute. Order external hardisk, tapi dapat batu. Memang cari pasal," katanya. 

Difahamkan, Zahari membeli external hardisk jenama Western Digital My Passport 1TB dari pembekal yang berpangkalan di The Mines, Seri Kembangan pada 30 Disember tahun lalu. 

Bukti pembelian dari laman jualan online yang popular | Foto - Zahari Razali
Invoice yang diterima | Foto - Zahari Razali
Barang yang dipesan dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Laju | Foto - Zahari Razali
Barang tersebut kemudian dihantar oleh pembekal menggunakan perkhidmatan Pos Laju kepada pelanggannya yang berada di Mentakab, Pahang dan alangkah terkejut apabila pelanggan wanitanya itu mendapati batu konkrit yang diisi dalam kotak penghantaran tersebut. 

Semakan di laman Facebook rasmi pembekal berkenaan, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan berhubung isu ini. 

Sementara itu di Facebook Zahari pula, masih menjadi persoalan, pihak yang mana telah melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment