(Video) 'Setannya Perangai Kau'


Tergamak seorang lelaki memukul dan memijak anaknya dengan kuat di tempat awam tanpa belas kasihan, dipercayai kerana berang mangsa gagal mendapatkan keputusan akademik yang cemerlang.

Tindakan kejam lelaki itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran dan viral di media sosial. 

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan si bapa itu sedang duduk di atas motosikal sambil memeriksa buku sekolah anaknya berusia lingkungan 6 tahun ke atas. 



Posted by Wartawan jalanan on Thursday, 15 December 2016
Secara tiba-tiba lelaki itu menjadi berang lalu memukul belakang kepala anaknya, menyebabkan mangsa terjatuh. Tanpa sebarang rasa belas kasihan, lelaki itu kemudian dengan sekuat hati menghentak badan anaknya dengan kaki. 

Lelaki itu kemudian menyuruh mangsa berdiri semula. 

Orang ramai yang melihat kejadian itu, segera mendapatkan mangsa dan cuba menenangkan lelaki berkenaan. 

Tidak dinyatakan di mana lokasi kejadian. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment