(Video) Kanak-Kanak Cedera Ditimpa Serpihan Pintu Kaca Pecah


SICHUAN, CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas pintu kaca retak dan pecah lalu menimpa mangsa, lapor media China. 

Kejadian itu berlaku pada waktu tengah hari kelmarin ketika kanak-kanak berkenaan memasuki sebuah kedai di selatan barat China. 

Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu telah dikejarkan ke hospital. 

Terdahulu, video kejadian itu dimuat naik dan viral di media sosial China. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 5 petang 18 Disember lalu di bandar Meishan, wilayah Sichuan. 

Berdasarkan video berdurasi 10 saat itu, mangsa yang ditemani oleh dua orang dewasa dilihat memasuki kedai yang menjual telefon bimbit. 

Posted by 東森新聞 on Tuesday, 20 December 2016

Mangsa menolak pintu kaca tersebut melebihi had jangkauan pembukaan menyebabkan pintu kaca itu retak dan pecah serta serpihan kaca menimpa seluruh badan mangsa. 

Wanita yang menemani kanak-kanak itu dipercayai ahli keluarganya segera mendapatkan dan memeriksa keadaan mangsa. Malah kakitangan kedai tersebut juga turut segera menghulurkan bantuan pada mangsa. 

Tahap kecederaan mangsa tidak diketahui, namun pihak berkuasa masih menyiasat kejadian itu. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment