Tiada Tarikh Tamat Tukar Kad ATM - BNM


KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan pihak bank bakal mengenakan caj kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya mereka tidak menukar kepada kad baharu dalam tempoh yang ditetapkan. 

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook BNM menegaskan, orang ramai masih boleh menggantikan kad tersebut di mana-mana bank secara percuma tanpa ada tarikh tamat tertentu. 

"Bank Negara sekali lagi menegaskan bahawa orang ramai boleh menggantikan kad debit secara percuma di bank masing-masing.

"Orang ramai juga masih boleh terus menggunakan kad mereka yang sedia ada di mesin ATM walaupun belum menukar kepada kad debit baharu," kata kenyataan tersebut. 

Kenyataan itu menambah, pihak bank dikehendaki memberikan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah untuk penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad yang sedia ada untuk transaksi pembelian. 

Orang ramai boleh melayari lawab www.bnm.gov.my atau melalui kaunter BNM atau menghubungi talian 1300-88-5456 untuk maklumat lanjut. 

Terdahulu, orang ramai mula menyerbu bank untuk menukar kad ATM masing-masing kerana bimbang kad ATM yang lama tidak dapat digunakan dan akan dikenakan caj selepas saut mesej amaran mengenainya tersebar di media sosial. - KOSMO
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment