Terpaksa Mencuri Untuk Anak-Anak

Antara barangan yang dicuri suspek | Foto - Harian Metro
JOHOR BAHRU - Seorang tukang masak di sebuah jabatan kerajaan ditahan selepas didapati mencuri makanan dan berangan bernilai RM415.06 di pasar raya dalam pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, semalam, lapor Harian Metro

Barang-barang yang dicuri oleh bapa kepada tiga orang anak itu adlaah, makanan sejuk beku, baju T, seluar trek, kapur kasut dan stoking. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, suspek ditahan selepas gagal mengemukakan resit pembayaran bagi barangan yang ditemui bersamanya. 

Difahamkan, suspek pergi ke pasar raya tersebut bersama dengan anak lelaki sulung yang berusia tiga tahun. Melihat suspek dalam keadaan yang mencurigakan, lalu pengawal keselamatan pasar raya menghampiri dan meminta suspek mengemukakan resit pembayaran. 

"Suspek gagal menunjukkan resit pembelian menyebabkan pengawal keselamatan berkenaan terus membawa suspek kepada pihak pengurusan. Suspek didapati tidak mempunyai resit pembelian dan mengambil barang tanpa membuat sebarang pembayaran," katanya. 

Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku mencuri kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar semua barangan tersebut. Suspek juga mendakwa dia perlu membeli barangan sekolah untuk anaknya. 

"Kita masih jalankan siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya. 

Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment