Sumbat 2 Ekor Lembu Dalam Bezza


PORT DICKSON - Hasrat mencuri dua ekor lembu menggunakan Perodua Bezza gagal apabila kenderaan yang dinaiki sekumpulan penjenayah terbabas di tepi jalan di Telok Kemang, semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian antara jam 5-6 pagi itu, dua ekor lembu berkenaan dicuri dari sebuah kampung berdekatan dan disumbat dalam kereta Bezza. 

Bagaimanapun, ketika mahu melarikan haiwan itu, kereta yang dipandu oleh suspek hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang. 

Orang awam yang melihat kejadian itu segera datang membantu, namun rahsia sekumpulan penjenayah itu terbongkar sebelum mereka melarikan diri dan meninggalkan kereta serta haiwan tersebut. 

Kejadian itu hanya disedari orang ramai yang melalui kawasan kejadian pada jam 8 pagi selepas mendapati kenderaan itu tersadai di tepi jalan. Ketika datang membuat pemeriksaan, orang ramai terkejut mendapati dua ekor lembu dalam kereta tersebut. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah mengesahkan laporan mengenai kejadian itu. 

"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti suspek yang terlibat dalam kejadian ini," katanya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment