'Saya Telah Lakukan Kesilapan Viralkan Gambar Rider Di FB' - Pemandu Grab Car


PUTRAJAYA - Susulan viral tindakan tidak wajar seorang pemandu Grab Car mengaibkan seorang lelaki di media sosial, pemandu berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian. 

Screenshot perbualan dan penjelasan pemandu Grab Car itu dimuat naik oleh Rahmat Amin Ismail sendiri dan menganggap kes itu telah selesai. 

"Hari ini, pemandu Grab Car itu telah meminta maaf secara peribadi kepada saya. Dia telah mengaku kesalahan dia melontar fitnah dan malu pada saya. 

"Cukuplah dia sedar akan kesilapan dirinya," kata Rahmat. 

Berdasarkan screenshot yang dikongsikan, pemandu terbabit mengambil langkah untuk meminta maaf kerana enggan memanjang lagi perkara itu serta enggan kehidupan kedua-dua pihak terganggu setelah sedar dengan kesilapan dirinya itu. 



Difahamkan, Rahmat juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu atas dakwaan dirinya telah diugut dan bimbang dengan keselamatan dirinya. Meskipun kesal dikecam hebat oleh ramai pemandu Grab Car dan Uber, Rahmat mengambil keputusan untuk mencari jalan penyelesaian. 

Pemandu bernama Fai Zal itu amat berharap jika Rahmat dapat membuang status dan gambar yang dimuat naik oleh Rahmat sebelum ini kerana dia juga sudah berbuat demikian bagi menjernihkan keadaan. 

Bagaimanapun, Rahmat meminta Fai Zal memberikan penjelasan yang sebenar bagi membersihkan namanya dari fitnah yang telah dibuat sebelum ini. 


Kedua-dua pihak telah berdamai dan diharapkan mana-mana pemandu Grab Car atau Uber tidak mudah melenting apabila pelanggan membatalkan tempahan. 

Begitu juga dengan mereka yang mahu menggunakan khidmat dua entiti ini. Pastikan anda menetapkan pendirian sebelum melanggan perkhidmatan Grab Car atau Uber dan tidak membatalkan tempahan di saat-saat akhir. - The Reporter

Artikel berkaitan:
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment