Ramai Ambil Lewa Tentang Aturan Berpantang Selepas Bersalin



Apabila menziarah kawan bersalin, mata saya dok kerling orang kiri dan kanan katil kawan. Ramai yang ambil lewa tentang aturan berpantang sejurus selepas bersalin. 

Kesalahan paling utama:

1. RAMBUT DIBIARKAN MENGERBANG, IKAT EKOR KUDA, IKAT TEPI

Sepatutnya sejurus keluar dari dewan bersalin, rambut sudah diikat kemas, kuat dan sekejap di atas kepala sehingga terasa tarikan pada seluruh bahagian dahi sehingga mata.

Ikatan yang kuat boleh menggurangkan risiko si ibu terkena serangan angin meroyan yang boleh mengakibatkan sakit kepala yang kronik selepas bersalin. 

2. PAKAI BAJU LENGAN PENDEK

Seeloknya pakai baju lengan panjang. Top up sweater jika wad berhawa dingin. Pakai serkup kepala/tudung dan berstokin. 

Amalan ini untuk mengelakkan bentan urat di mana si ibu akan menggigil kesejukan yang kronik. Ada yang kena bentan urat sehingga seluruh tubuh mereka seperti terkena sawan tarik atau dalam istilah perbidanan, meroyan urat. 

3. TIDAK MENITIKBERATKAN PEMAKAIAN STOKIN

Angin sejuk mudah memasuki tubuh melalui urat pada ibu jari kaki. Sapu minyak panas sebelum berstokin. 

4. DUDUK BERGANTUNG KAKI

Untuk mengelakkan gangguan perjalanan darah pada bahagian kiri, ibu digalakkan untuk duduk melunjur. 

5. MAKAN MAKANAN TERLARANG

Makanan yang disediakan kadang-kadang bersifat sejuk dan berangin. Ini boleh mengakibatkan si ibu mengalami bentan. Disebabkan itulah ada beberapa hospital swasta yang menyediakan makanan yang sesuai untuk untuk si ibu. 

Contohnya di hospital SALAM, sejurus selepas bersalin, ibu diberi pilihan sama ada makan ikan tenggiri bakar atau ikan tenggiri masak singgang kerana mereka sedar akan kepentingan ibu menjaga amalan makanan selepas bersalin. 

Jika anda bersalin di hospital yang tidak menyediakan servis seperti ini, maka perlukan inisiatif dari ahli keluarga. Sejurus si ibu keluar dari wad bersalin, sediakan makanan berpantang buat si ibu. - Siti Aishah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment