Kucing Terkedu, Ayam Rampas Tikus Buruannya


CHICAGO, AMERIKA SYARIKAT - Seekor kucing terkedu apabila seekor ayam betina tiba-tiba saja muncul dari belakangnya lalu merampas dan memakan tikus yang diburu olehnya. 

Video yang dirakam oleh tuan kucing terbabit, Daniel Boe, pada awalnya menunjukkan kucing kelabunya itu sedang 'mendera' tikus itu yang terdesak mahu melarikan diri, sebelum dijadikan sebagai santapannya. 


Secara tiba-tiba, ayam betina itu muncul dari belakang lalu menyambar tikus malang itu dan menghayun serta menghentak haiwan kecil itu ke tanah beberapa kali sehingga mati dan terus membawanya pergi. 

"Ketika dalam perjalanan masuk ke rumah, saya ternampak kucing saya sedang bermain dengan sesuatu, lalu saya pergi melihat dengan lebih dekat. 

"Apa yang dilihat, tikus itu menyerang kucing saya dan cuba melarikan diri. Namun gagal kerana kucing saya kerap menghalangnya. 

"Saya mengambil keputusan untuk merakam kejadian itu kerana ia adalah sesuatu yang jarang dilihat. Tetapi langsung tidak menyangka ayam itu akan berbuat demikian," katanya yang masih teruja dengan kejadian itu. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment