BETUL KEE ARTIS INI KENA HUKUMAN PEMINAT ,,,,, INILAH KISAHNYA SAMA-SAMA KITA DOAKAN

Karier Nyanyian Semakin Sendu,Hafiz Suip Anggap Lumrah Kehidupan - Tempatan - Gosip & Hiburan

Foto: IG Hafiz Suip
Selepas mendirikan rumah tangga, nampaknya kerjaya nyanyian Hafiz Suip dianggap semakin suram dan sendu.
Namun, bagi penyanyi ini, dia menganggap perkara tersebut sebagai lumrah dan pandangan orang ramai diterima secara terbuka.
Hafiz atau pemilik nama penuh, Mohd Hafiz Suip, 26, berkata dia akan lebih berusaha memastikan kualiti persembahannya terus meningkat.



Foto: IG Hafiz Suip
"Saya tidak menganggap isu nama semakin suram sebagai perkara besar kerana setiap penyanyi ada turun naiknya. Hidup ini ibarat roda, ada kala kita di atas dan ada ketika kita di bawah. Bagi saya, kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan," katanya kepada Berita Harian Online.
Hafiz juga menyatakan dia yakin peminat sekarang bijak untuk membezakan hal peribadi dan kerjaya kerana ianya dua cabang yang berbeza.
"Apa pun, saya menyerahkan soal rezeki kepada Allah untuk menentukan segala-galanya," tambahnya lagi.

Foto: IG Hafiz Suip
Didoakan agar Hafiz Suip sentiasa berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan dan sentiasa berbahagia bersama pasangannya. -CARI⍐👱♚.`👱♚👱👱👱
sumber : http://ift.tt/2hkM0RD
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment