Lapor Metro UK, Kane Kennedy, 20, pada hari kejadian telah memicit, mencubit dan menggenggam buah zakar Oksar Jobey Kennedy sebelum menjolok jarinya ke dalam tekak mangsa agar berhenti menangis.
Akibat dari perbuatan kejam Kennedy, mangsa meninggal dunia pada 1 Oktober 2015.
Hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat kesukaran bernafas selain terdapat 13 kesan penderaan di bahagian leher dan muka mangsa. Buah zakar mangsa juga mengalami lebam yang teruk.
Terdahulu, Kennedy menyalahkan isterinya, Tia Jobey, 19, di atas kematian anak mereka.
Mahkamah diberitahu saksi yang juga jiran tertuduh bahawa mereka kerap terdengar pasangan berkenaan bergaduh dan dapat menghidu bau kanabis dari kediaman mereka.
Seminggu sebelum kejadian, Kennedy dan Tia bergaduh melalui aplikasi Facebook Messenger.
Dalam mesej tersebut, Tia berkata, "Saya tak kisah apa yang awak fikirkan dan saya bukan cuba untuk mengongkong awak. Saya hanya mahu memastikan Oskar gembira dan selamat. Namun ketika awak gian dengan ganja dan bertindak di luar kawalan, dia langsung tak selamat berada berdekatan dengan awak!
"Awak baling dia seperti patung, mencekiknya, menusuk jari pada kerongkongnya!".
Dalam keterangan Kennedy pada 1 Oktober 2015, dia mengatakan pada waktu itu dia tidur dan bila terbangun dia mendapati anaknya sudah tidak bernafas. Oskar disahkan meninggal dunia pada jam 9.44 pagi, pada hari kejadian.
Pasangan berkenaan bagaimanapun terus meneruskan hubungan mereka sebagai suami isteri sehingga pada Februari 2016, Tia disahkan hamil anak kedua. Namun dua minggu kemudian Kennedy ditahan atas dakwaan membunuh anak pertama.
Tia selamat bersalin anak kedua pada Oktober 2016.
Pasangan berkenaan bagaimanapun terus meneruskan hubungan mereka sebagai suami isteri sehingga pada Februari 2016, Tia disahkan hamil anak kedua. Namun dua minggu kemudian Kennedy ditahan atas dakwaan membunuh anak pertama.
Tia selamat bersalin anak kedua pada Oktober 2016.
Dalam perbicaraan hari ini, Tia juga dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan kerana membenarkan pembunuhan itu berlaku.
Mahkamah akan menetapkan hukuman terhadap Kennedy 15 Disember ini. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment