'Anak Aku Hampir Lemas & Tiada Siapa Yang Sedar'

Anak aku hampir lemas, tiada siapa yang sedar walaupun orang yang duduk di sebelahnya. Syukur aku tak main Facebook pada waktu itu. Kemalangan tak mengira siapa, masa dan tempat. Berhati-hatilah kawan-kawan. 


Semalam, 19 Disember 2016, anak aku Irriq, 3, hampir lemas ketika mandi di kolam renang di A307 Tanjung Biru Condominium, Port Dickson. 

Ceritanya, dia seronok mengikut abang-abang dan kawan-kawan baru diving dalam kolam di bahagian yang agak dalam. Tak dalam mana pun, separas dada abang-abang sahaja. 

Kami memang kerap ke kolam renang di sini dan selama ini dia memang tidak pernah ke bahagian itu. Walaupun water confidence dia agak tinggi, tetapi dia selesa di kolam kanak-kanak sahaja sebab belum pandai berenang. Cuma nak dijadikan cerita, semalam dia teruja tengok abang-abang dan kawan-kawan baru diving, dia pun nak ikut sama. 

Alhamdulillah, aku memang dari dulu jadikan habit untuk sentiasa pantau kalau budak-budak mandi di kolam, sungai atau laut. Ini bukan kali pertama, abang-abang dia pernah hampir lemas juga. Cuma dalam beberapa kejadian sebelum ini, jarak aku dengan mereka sangat dekat. Boleh terus capai jika terjadi apa-apa. 

Semalam, kisahnya agak berbeza sebab aku sudah berada di seberang kolam (jaraknya kira-kira 4 meteri dari dia), berdiri sambil memanggil mereka untuk naik selepas lebih 4 jam berendam. Untuk last dive itu, tiba-tiba Irriq boleh pula ikut lari sama dengan abang-abang dan kawan-kawan baru sebelum dia tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam. (Kelihatan dalam CCTV dia sebenarnya masuk ke kolam tanpa menyedari tempat itu dalam). 


Posted by Ifwan Tun Tuah on Thursday, 22 December 2016
Aku ingat aku menjerit nama Irriq sekuat alam sebelum nampak tangan dia terkapai-kapai dalam air sebab kakinya tak jejak ke dasar. Aku ingat aku terjun di kolam dalam keadaan memakai sunglasses dan cap sebelum mencapai baju dia menolak dia ke atas. Alhamdulillah dia selamat dan hanya tersedak dan batuk sekejap sahaja. 

Tujuan aku kongsi pengalaman ini adalah untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan supaya kita sentiasa peka dan berhati-hati setiap kali bawa anak-anak ke tempat seperti ini. 

Aku tak pernah dengar kawan-kawan sendiri mengalami pengalaman seperti ini, sebelum ini (aku langsung tak berharap), jadi sebelum ini aku tak rasa kejadian ini dekat dengan aku sebelum ia benar-benar berlaku pada aku. Seperti kes ragut dan jenayah-jenayah lainlah, mangsa selalunya tidak merasakan dia bakal menjadi mangsa. 

Harapan aku, bila ada kawan-kawan yang membaca pengalaman ini, anda akan ambil perhatian yang lebih serius. Sebab ia berlaku pada aku sendiri, aku tak dapat bayangkan kalaulah ketika Irriq jatuh itu, aku tengah sibuk melayan Facebook, Instagram atau buat perkara-perkara lain. 

Kejadian itu juga sangat pantas, ada beberapa orang dewasa di situ. Mereka langsung tidak menyedari Irriq terjatuh dan hampir lemas sampai aku menjerit dan terjun ke dalam kolam. Abang-abangnya yang berada di sebelahnya juga tidak sedar dia terkapai-kapai di dalam air. 


Jangan sekat anak kita ke kolam, sungai atau laut. Nak jadi apa nanti bila mereka dewasa kan? Cuma kita jangan ambil mudah kebarangkalian yang mungkin berlaku, okey. Kita tidak tahu bila kemalangan nak berlaku, cuma lebih elok kita sentiasa bersedia apabila ia berlaku. 

Semoga aku dan anda semua dijauhkan dari kejadian seperti ini selama-lamanya. InsyaAllah. - Ifwan Tun Tuah | The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment