Sakit tulang belakang bukan satu jenaka. Tak kira sama ada seseorang itu mempunyai gaya hidup yang aktif atau malas, setiap seorang dari kita mempunyai risiko kerosakan tulang belakang ketika menjalani aktiviti harian.
Bagaimanapun, anda bernasib baik kerana ada beberapa senaman mudah tetapi berkesan dan dijamin dapat membantu menghilangkan rasa sakit tulang belakang yang anda alami.
SENAMAN 1
Dalam posisi baring, bengkokkan kaki kanan anda pada lutut. Hulurkan kaki kiri di atas kepala dan peganglah kaki kiri dengan kedua-dua tangan di bawah lutut serta tarik ke arah anda. Tahan posisi ini selama 30 saat dan ulangi senaman ini dua kali bagi setiap kaki.
SENAMAN 2
Dalam posisi baring, bengkokkan kedua-dua kaki di lutut. Genggam kaki kiri pada lutut dengan kedua-dua tangan dan tarik ke arah badan anda. Bertahan selama 20 saat. Ulangi senaman ini sebanyak dua kali untuk kedua-dua kaki.
SENAMAN 3
Dalam posisi baring, hulurkan tangan kanan anda ke arah kanan. Rengangkan kaki kiri supaya ia lurus. Cuba halakan lutut kaki kiri ke arah sebelah kiri agar ia hampir menyentuh tangan kiri anda. Kekalkan posisi ini dalam masa 20 saat. Ulangi senaman ini sebanyak dua kali pada kedua-dua lutut.
SENAMAN 4
Dalam posisi baring, bengkokkan kaki kiri di lut. Letakkan bahagian bawah kaki kanan secara melintas ke atas paha sebelah kiri dengan lutut pada posisi yang betul. Dengan berhati-hati, tarik kaki kiri ke arah kepala dan kekalkan posisi ini selama 30 saat. Lakukan pada kedua-dua kaki anda.
SENAMAN 5
Dalam posisi seperti gambar di atas, julurkan kaki kanan ke belakang. Kekalkan posisi ini dalam masa 30 saat. Ulangi senaman ini pada kaki kiri.
SENAMAN 6
Baring secara mengiring ke sebelah kanan. Bengkokkan kaki kiri ke lutut, genggam pergelangan kaki kiri anda dengan tangan kiri dan tarik dengan berhati-hati. Senaman ini akan menegangkan otot paha kiri anda. Tulang belakang anda sepatutnya tidak bengkok dalam keadaan ini. Kekalkan posisi ini dalam masa 30 saat dan ulangi senaman ini pada kaki kanan anda.
SENAMAN 7
Berdiri di hadapan meja dalam jarak satu tangan. Bengkok badan ke hadapan sehingga anda berupaya menyentuh hujung meja dengan kedua-dua tangan. Tangan anda sepatutnya dalam keadaan lurus selari dengan ketinggian bahu anda. Bertahan pada posisi ini dalam masa 10 saat. Kemudian berdiri tegak dan bengkokkan badan anda ke kiri dan ke kanan.
Selepas mencuba ketujuh-tujuh senaman ini, inshaAllah badan anda akan berasa cergas dan hebat! - The Reporter
Sumber: Brightside
Blogger Comment
Facebook Comment