(Video) Pesawat Terhempas, 5 Terbunuh


VALLETTA, MALTA - Tiga pegawai Kementerian Pertahanan Perancis dan dua kontraktor persendirian warga Perancis maut selepas pesawat yang dinaiki mereka terhempas, pagi tadi. 

Kejadian itu sempat dirakam oleh lensa dashboard orang awam, di mana pesawat Fairchild Metroliner yang dinaiki oleh kesemua mangsa tersasar semasa berlepas dan jatuh terhempas di luar kawasan lapangan terbang.

Difahamkan, pesawat berkenaan dalam penerbangan menuju ke pantai Libya, dalam misi mengesan laluan penyeludupan manusia dan dadah, sebelum menjunam terhempas ke darat. 

Video menunjukkan pesawat berkenaan terbang di udara sebelum kehilangan kuasanya lalu terjunam ke darat. 

Penerbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada operasi kastam Perancis yang sudah dijalankan selama lima bulan.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kejadian, namun Kerajaan Malta berkata, tiada letupan yang berlaku sebelum pesawat berkenaan terhempas. 


Sementara itu, Laurent Azzopardi tidak menyangka dia sempat merakamkan insiden yang tidak diingini itu. 

"Saya pada ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan amat mengejutkan bila ada pesawat yang terhempas berhampiran dengan saya," katanya dalam kapsyen video berkenaan. 

Kesemua mayat mangsa telah dikeluarkan dari bangkai pesawat dan di bawa ke hospital untuk bedah siasat. 

Berikutan kejadian itu juga, Lapangan Terbang Antarabangsa Malta ditutup seketika. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment