(Video) Perut Ular Meletup, Gagal Hadam Buaya


FLORIDA - Tak sempat hadam, seekor ular sawa Burma meletup dengan perutnya terburai selepas cuba menelan seekor buaya sepanjang dua meter. 

Bangkai ular dan buaya itu ditemui terapung di sungai Taman Negara Everglades, selatan Miami-Dade. 

Difahamkan ular berkenaan menang dalam pertarungan dengan buaya malang itu sebelum menelannya. 

Gambar menunjukkan kaki belakang dan ekor buaya terjulur keluar dari perut bangkai ular tersebut. Manakala kepala ular itu pula terputus dari badannya. 

Menurut saintis, mereka percaya bahawa ular itu cuba menelan buaya berkenaan tetapi gagal menghadamnya. Bangkai buaya itu mula membusuk dan gas memenuhi perut ular sehingga menyebabkan ia meletup. 

Di bawah adalah gambar x-ray yang dirakam oleh ahli biologi University of Alabama, yang menunjukkan bagaimana ular menghadam buaya dalam masa 6 hari.







Ular Sawa Burma adalah antara ular terbesar di dunia yang mampu menelan mangsanya yang bersaiz berkali-kali ganda.  - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment