Jika sebelum ini pelakon Zul Yahya lebih banyak menghabiskan masa dengan dunia seni, kini penghijrahan beliau mendekati agama telah menarik minat orang ramai selain turut diundang memberikan kuliah.
Melalui video penuh yang dikongsikan oleh Facebook Audiokuliah, Zul berkongsi kisah sebelum dan selepas penghijrahannya dan ternyata perkara tersebut disambut baik oleh peminatnya. Malah para peminatnya turut mendoakan agar perubahan Zul ini akan terus kekal.
Apa yang berlaku di sekeliling kita, apabila saya berubah, saya tahu dah apa yang berlaku di sekeliling ketika ini adalah salah kita. Salah kita sebab kita tidak bersatu di dalam agama Allah, kita tidak bersatu tentang agama Allah SWT, jelasnya.
Selain Zul, sebelum ini Saiful Apek juga menjelaskan bahawa dia turut diundang menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Kebanyakan perkara yang disampaikan mereka adalah datangnya dari perkongsian hidup sebelum dan selepas mendalami agama Islam. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Blogger Comment
Facebook Comment