Trauma Dicabul Dalam Bas Ekspress


KUANTAN - Seorang lelaki dipercayai warga asing ditahan atas dakwaan mencabul penumpang bas Sani Express, malam semalam. 

Menurut sumber, suspek telah melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu terhadap seorang penumpang wanita ketika bas dalam perjalanan ke Terminal Kuantan. 

Suspek ditahan oleh polis sebaik saja tiba di terminal tersebut. 

Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ekspress khususnya penumpang wanita dinasihatkan agar lebih berhati-hati. Laporkan kepada pemandu bas sekiranya berlakunya sebarang gangguan seksual. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment