"Assalamualaikum Paklong!"
"Waalaikumusalam. Ya nak?"
"Saya tengok Paklong macam ada masalah saja. Nak ambil duit ke?" soalan untuk kepastian.
"Ya nak, nak ambil duit, tapi..."
"Tapi apa Paklong? Duit tak keluar ke?" segera aku memotong percakapannya.
"Bukan nak, tapi dari tadi saya menunggu di sini dah dekat dua jam. Anak di Kuala Lumpur kata nak masukkan duit. Dah dua hari saya check, tak ada pun duit masuk," jelasnya sambil anak gadisnya di belakang berbisik.
"Ayah, dahlah, jomlah kita balik. Nak hujan. Kita makan sajalah apa yang ada," pinta si anak gadis.
"Tapi dik, gas di rumah pun dah habis," kata Paklong.
Segera aku mencelah, "Paklong tak cuba ke call anak Paklong?" sambil tanganku menghulurkan duit.
"Dah call tetapi dia cakap dia sibuk dan suruh tunggu malam pula. Tak apalah nak, saya tak mahu duit ini," dia menolak tetapi air matanya sudah mula bertakung.
Melihat keadaannya begitu, lalu saya memandang anaknya. "Dik, ambillah duit ini dan pergi beli gas, bagi ayah makan. Belajar rajin-rajin, tolong mak dan ayah bila sudah berjaya nanti."
"Tak apalah nak, Paklong nak balik dulu. Cuaca pun dah gelap, terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki anak di dunia dan akhirat. Amin," katanya sebelum beredar.
Kisah Paklong ini membuatkan aku terfikir sejenak. Sampaikan simpang masuk rumah aku pun dah terlajak jauh tadi. Aku harap, anak dia yang berada di Kuala Lumpur itu baca kisah ini. betapa seorang ayah dan adik dia yang berada di kampung tak makan dan gas di rumah pun dah habis. Segeralah bank in duit itu. Jangan dilengahkan lagi, takut nanti menyesal sampai bila-bila. - Ak Mal | The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment