Kad Debit Paywave: 'Kenapa Perlu Apung Sampai RM200?'


Aduan dari Cikgu RC

Ambil duit di ATM, tengok baki macam kurang. Tak puas hati, print penyata mini di ATM. Tengok macam okay tetapi bila kira jumlah masuk dengan jumlah keluar, lesap RM200. 

Refer dengan pihak bank dan terpaksa beratur sampai boring. Sampai giliran, pegawai bank buat semakan dan memang ada RM200 yang diapungkan tetapi tidak ditunjukkan dalam penyata. 

Menurut pegawai bank, ini kerana saya menggunakan kad ATM atau Debit di mesin isi petrol Shell. 

"Saya isi petrol tak sampai pun RM70. Kenapa perlu apung sehingga RM200?" soal saya. 

"Memang begitu, baki transaksi mungkin dapat dan mungkin juga tidak" jawabnya selamba dalam nada sarcasm. 

Aku mula panas hati dan mujur pegawai di kaunter sebelah perasan dan terus datang untuk cuba menenangkan keadaan. 

"Bila pengguna menggunakan kad di mesin, memang RM200 akan diapung. Tetapi baki akan diperolehi semula selepas lima hari bekerja," jelas pegawai berkenaan.

Nah, bukankah senang berikan penjelasan seperti ini? Tak perlu nak sarcasm bagai. Namun timbul beberapa persoalan: 
  1. Mengapa tidak maklumkan kepada pelanggan sewaktu kempen penukaran kad ATM atau Debit tentang pengapungan duit sehingga RM200 sekiranya kad tersebut digunakan pada mesin mengisi petrol? Bayangkan kalau hal ini berlaku pada orang yang sesak di penghujung bulan. 
  2. Adakah pengapungan ini dikenakan bagi setiap transaksi? Jika mengikut penjelasan pegawai di bank dia menggunakan istilah "setiap kali guna di mesin isi petrol". Kalau betul, bayangkan kalau guna lima kali didarab dengan RM200 bersamaan dengan RM1,000. Kasihanlah kalau terkena pada mereka yang tidak tahu. Boleh terbeliak biji mata. 
  3. Teknologi sepatutnya menyenangkan tetapi terasa seolah merisaukan.
  4. Solusi? Senang saja, jangan gunakan kad ATM. Tetapi bagaimana pula dengan orang yang tak malu atau terpaksa guna bila terdesak? 
Sekurang-kurangnya saya kongsi pengalaman agar orang lain ambil maklum. - Cikgu RC | The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment