Sebaliknya, Najib mahu masyarakat yang lain menghormati kaum India," katanya pada perwakilan ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.
"Jangan panggil kaum India sebagai 'pendatang' atau 'keling', saya tidak suka, tolong jangan gunakan panggilan seperti itu," katanya.
Najib juga meminta rakyat bersatu kerana ia akan membawa perubahan yang sebenar di mana rakyat kini bosan dengan politik pembangkang.
Lapor MalaysiaKini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menggunakan istilah 'keling' dalam satu ucapannya di Langkawi yang kemudian menjadi viral dan menerima kritikan dari pelbagai pemimpin India di negara ini.
Malah, laporan polis juga telah dibuat terhadap Mahathir kerana menggunakan istilah 'keling'. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment