Damar Wulan, memuat naik status ketidakpuasan hatinya itu di media sosial semalam berkata, beliau masuk ke lebuh raya PLUS melalui Gurun dan berhenti seketika di RnR Gurun untuk tidur kerana keletihan selama setengah jam selepas menghantar rakannya. Namun setelah menyambung perjalanan pulang dan tiba di Tol Pendang, beliau dikehendaki membayar sebanyak RM9.40 (RM6.40 denda).
"Saya didenda RM9.40. Bayaran tol sahaja RM3.00 tetapi dicaj sehingga RM9.40 ketika sampai di Tol Pendang, di mana caj tambahan itu dikenakan kerana duduk di RnR melebihi 1 jam 50 minit. Gila ke apa ini? Tak boleh duduk lama di RnR?" katanya.
Menurut Damar, pihak PLUS memberikan alasan bahawa mereka mengesyaki jika duduk lama di RnR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya.
Difahamkan Damar telah menghubungi pihak PLUS melalui talian khidmat penggunanya nampak gagal mendapat sebarang jawapan yang memuaskan hatinya.
"Saya memaklumkan bahawa saya letih dan tidur seketika di RnR, namun penyelia tol berkenaan pula menyatakan tidur tidak diiktiraf di atas lebuhraya PLUS kerana di situ tiada hotel. Malah, pengguna kena akur dengan sistem yang telah dibuat." katanya.
Justeru, beliau mempersoalkan jika peraturan seperti itu dilaksanakan, mengapa pihak PLUS tidak meletakkan papan di 'Tidak dibenarkan berehat melebihi 1.5 jam' di RnR Gurun.
21 Januari 2005, PLUS pernah mengeluarkan kenyataan akhbar di mana pihaknya akan mengambil tindakan denda terhadap pengguna yang menggunakan lebuhraya mereka bagi tempoh yang terlalu lama dan tidak munasabah. Tindakan itu diambil bertujuan membendung kegiatan penyelewangan tol di kalangan pelanggan dan menjamin integriti kutipan tol demi menjaga kepentingan syarikat.
Dalam satu insiden sebagai contoh, seorang pengguna didenda RM10 apabila berada melebihi dua jam dari tol Jelapang ke Kuala kangsar. Semoga menjadi peringatan kepada pengguna lebuhraya yang lain. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment