'Tolong Cari Anak Perempuan Saya'


BUKIT MERTAJAM - Seorang ibu merayu bantuan orang ramai agar mencari anak perempuannya yang telah dilarikan oleh bekas suami dan ibu mertuanya ke Kuala Lumpur, Rabu.

Nur Mahfuzhah Abd Rahim, anak perempuannya berusia 2 tahun telah dilarikan oleh bekas suami, Mohd Nazri Ismail, dan ibu lelaki itu. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mencari anaknya termasuk membuat laporan polis, namun gagal. 

"Saya nak minta tolong orang ramai, kalau jumpa anak perempuan saya, tolong inform saya. Bekas suami dan ibunya telah melarikan anak saya dan bawa ke Kuala Lumpur. Saya dah tak ada cara lain untuk mencari anak saya sebab saya dah lost contact. 

"Saya risau akan keselamatan anak saya, sebab saya diberitahu bahawa bekas suami sedang melarikan diri dari hutangnya," katanya. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat, bolehlah menghubungi Nur Mahfuzhah Abd Rahim, melalui laman Facebook. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment