9 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Awie Dan Ladyana

9 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Awie Dan Ladyana



Awie 48 tahun telah selamat bernikah dengan pasangannya, Sharifah Ladyana 29 tahun sebentar sahaja tadi.

Pernikahan Awie itu berlangsung kiri-kira jam 12.10 tengah hari tadi di lokasi yang dirahsiakan atas permintaan penyanyi itu dan keluarganya.

Majlis pernikahan itu dihadiri anak-anak Awie dan anggota keluarga terdekat sahaja.

Dengan sekali lafaz, Awie selamat bergelar suami kepada Sharifah Ladyana.

Penyanyi itu dan isterinya, masing-masing menitiskan air mata selepas berakhirnya majlis akad nikah.

Awie akui terpikat dengan keikhlasan Syarifah Ladyana yang menerima dan melayan lima anaknya daripada perkahwinan terdahulu seperti darah daging sendiri.

Ini komen Awie:

"Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat. 

"Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu,"

Memilih persalinan baju Melayu rona hitam manakala Sharifah Ladyana yang sebelum ini pernah bertugas di sebuah syarikat penerbangan, tampak anggun mengenakan baju kurung warna sama.

Selesai majlis pernikahan, pengantin bakal diraikan dalam majlis resepsi berkonsep tradisional Melayu di tepi pantai dengan dihadiri kira-kira 250 tetamu, malam ini.

Ini adalah perkahwinan ketiga buat Awie.

Ini beberapa keping gambar pernikahan Awie:








Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment