Suami mana yang tak rasa sedih bila wanita kesayangannya dikutuk, dicerca atau dihina orang lain hanya kerana wajahnya berjerawat. Itulah yang berlaku pada isteri Azreel Azhar yang baru-baru ini memuat naik luahannya di media sosial yang kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab netizen.
"Orang tengah honeymoon ni pun tak senang. Suami mana yang sanggup tengok isterinya sedih? Apatah lagi isteri saya? Saya tak marah, cuma fikirlah sikit perasaan orang lain," luahnya kesal di laman Twitter.
Walaupun dilemparkan dengan pelbagai kutukan, namun mereka tetap redha dan memaafkan netizen-netizen yang berbuat demikian.
"Tebal gila make up nak cover jerawat! Malam pertama mesti suami dia rasa tertipu!" - antara komen netizen yang tidak bertanggungjawab
Difahamkan, gambar sebelum dan selepas itu dimuat naik oleh jurusolek bagi majlis perkahwinan pasangan ini. Malangnya, gambar itu dimuat naik tanpa meminta izin dari pasangan berkenaan, lalu menimbulkan pelbagai reaksi negatif dari netizen.
"Sedih bila saya baca komen-komen jahil, fitnah, hinaan, tohmahan terhadap isteri saya. Bagaimana pula hati perasaan isteri saya yang membaca komen itu? Pasti lebih sedih.
"Saya bernikah dengan dia kerana Allah, bukan kerana rupa. Lillahita'la. Risaulah tentang diri sendiri. Urusan kamu dengan Tuhan belum pun selesai, macam mana kamu boleh nak risau hal orang lain? Inikan pula menghina dan memfitnah. Jangan hina ciptaan Allah. Merangkak satu hari nak minta maaf.
"Tak apa, saya telah pun memaafkan semua yang komen jahat dalam ini kerana Allah. Mungkin saya yang jahil tetapi saya mohon hentikanlah komen yang tidak baik terhadap isteri saya. Dia tak salah apa pun.
"Kami sudah seminggu bernikah. Alhamdulillah dia tidak pernah pakai make up pun kecuali di hari perkahwinan kami. Betul dia ada masalah kulit sekarang tetapi itu bukan penghalang cinta saya terhadap dia sebab dia banyak kenalkan saya tentang Allah dan Rasul. Paling penting, dia nak ke syurga bersama-sama saya,.
"Maafkan saya dan isteri saya kalau post ini ada mengguriskan hati sesiapa. Sungguh saya tak berniat apa-apa atau marah pun. Sikit pun tak terkurang rezeki, tubuh badan atau apa-apa pada diri saya atau isteri dengan komen mereka ini. Cuma saya tak sanggup melihat isteri saya bersedih lagi.
"Lagi satu, sebab saya ini suami dia. Siapa tak sayang bini oi? Saya selalu mengajar dia tentang sabar dan tawakal sebab dia hilang keyakinan diri disebabkan kulit dia dari dulu. Semua ini ada hikmah.
"Alhamdulillah syukur banyak pahala yang isteri saya dapat hari ini. Share sikit pada saya tau sayang pahala yang awak dapat ini. Doakan kami ya," katanya.
Respon dari isteri Azreel Azhar |
Susulan dari viralnya gambar berkenaan, ramai netizen yang mempersoalkan tindakan jurusolek berkenaan. Tidak kurang juga yang mengambil langkah berjaga-jaga di masa akan datang untuk tidak memberi sebarang kebenaran kepada jurusolek untuk memuat naik gambar mereka tanpa sebarang keizinan. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment