Hasan Nordin Andak, Pengerusi Kepolisan Masyarakat Balai Polis Seri Kembangan menunjuk lokasi kejadian. | Foto Sinar Harian |
SERI KEMBANGAN - Seorang pelajar perempuan Tingkatan 5 Sekolah hampir menjadi mangsa culik di Taman Universiti Indah, kira-kira 100 meter dari rumahnya, petang semalam, lapor Sinar Harian.
Dalam kejadian pada jam 3.20 petang itu, mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah, baru turun dari sebuah bas dan berjalan seorang diri di sebuah lorong perumahan tersebut.
Mangsa pada awalnya tidak menyedari bahawa dia diekori oleh suspek. Suspek yang berusia lingkungan 20'an itu menghampiri mangsa. Suspek kemudian terus menarik mangsa, menutup mulutnya dan mengarahkan mangsa tidak membuat sebarang bunyi bising sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di tepi lorong.
Bagaimanapun mangsa menjerit sekuat hati dan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Namun tiada sesiapa yang mendengar jeritan mangsa dan kejadian itu.
Panik dengan tindakan mangsa, suspek menolak mangsa ke jalan raya dan terus melarikan diri. Tindakan suspek itu menyebabkan cermin mata yang dipakai oleh mangsa pecah, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi.
Mangsa kemudian terus berlari ke rumah dan menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum membuat laporan di Balai Polis.
Menurut screenshot yang tersebar, ibu kepada mangsa memaklumkan bahawa suspek berbangsa Melayu, berkulit cerah dan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna ungu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias, mengesahkan menerima laporan cubaan diculik, namun tiada kes penculikan yang berlaku dan sehingga kini belum ada tangkapan yang dibuat. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment