Jika Wanita Terlibat Dalam Kemalangan, Ini Yang Anda Perlu Lakukan


Bila berlaku kemalangan, ramai yang tak tahu nak buat apa, terutamanya golongan wanita. Jika tersilap langkah, pasti akan menanggung kerugian beratus ringgit. 

Jadi, golongan wanita perlu tahu dan bijak berdepan dengan situasi yang tidak diduga ini. Baca perkongsian dari laman Isteri Educated ini. 

Bila kemalangan, kaum hawa perlu bijak mengurus caranya tanpa mengalami kerugian. 

Bawa Kereta Anda Ke Balai Polis Dahulu

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk menguruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang akan mendapat untung atas angin. 

Pertama sekali jika anda terlibat dalam kemalangan, anda akan menghubungi penarik kereta. Apabila mereka sampai, anda akan diminta menandatangan satu dokumen. Namun begitu, jangan berbuat demkian kerana penarik kereta akan mendapat komisen 10% dari insurans anda. 

Jangan sesekali menurunkan tandatangan pada dokumen yang diberi meskipun mereka mengertak dan menjaja cerita sedih itu ini. Beritahu pada mereka bahawa, 

"Saya nak towing saja"

Biasanya kos untuk towing sahaja dalam harga RM200-RM300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk membuat laporan polis dan uruskan urusan yang sepatutnya di sana. 

Selepas membuat laporan polis, minta penarik kereta hantarkan kereta anda ke bengkel panel yang telah dilantik untuk membuat kerja-kerja pembaikan. Kalau anda tidak tahu panel bengkel, sila hubungi pihak insurans dan minta alamat panel berkenaan. 

Selepas itu, tibalah babak yang paling menarik. Tiba giliran anda pula untuk claim 10% dari towkay bengkel. Caranya? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan. 

Sebagai contoh, kereta mahal seperti Audi, BMW atau Mercedes, kos baikpulih dalam anggaran RM100,000. Jadi anda boleh membuat tuntutan RM10,000 dari towkay bengkel sebab anda sudah memberi 'kerja' pada mereka. Sebab itulah juga penarik kereta selalu bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi menarik, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (mengikut jenis insurans) RM30 sehari. 

Selepas itu, bengkel akan memberi anggaran kerja-kerja baikpulih siap dalam masa satu bulan. Jadi anda boleh mendapat RM30 setiap hari selama sebulan. 

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900

Anda layak mendapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use. 

Tetapi jika bengkel tidak dapat menyiapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tidak boleh claim lagi dari pihak insurans dan tempoh claim lost of use ini maksima dalam tiga bulan sahaja. 

Cuma di sini, anda perlu berhato-hati dengan dua perkara.

1. PASTIKAN BENGKEL TUKAR BAHAGIAN YANG ROSAK

Ini kerana sesetengah bengkel bersikap tidak bertanggungjawab menipu pelanggannya. Ada yang langsung tidak menukar barang yang telah rosak, sebaliknya mereka hanya baiki bahagian yang rosak. 

Selepas siap baik pulih, minta pihak insurans beri senarai dan data bahagian kerosakan yang telah ditukar oleh pihak bengkel. Jika kurang satu barang, anda boleh menuntut kembali wang ringgit daripada towkay kedai tersebut. Jika mereka enggan berbuat demikian,  anda boleh gertak mereka nak buat laporan polis atau tribunal pengguna. 

2. BERHATI-HATI DENGAN DENGAN PENARIK KERETA BILA MEREKA KATA...

"Hantar di bengkel saya sajalah," 

Itu kencing sahaja sebab penarik kereta tiada bengkel. Sesetengah penarik kereta berkata demikian hanya kerana mahu memancing mangsa menggunakan khidmatnya. 

Kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan anda bagi mengelakkan kezaliman berlaku semasa dalam kemalangan. - Isteri Educated | The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment