Ammar Alfian Kecewa Idris Khan Tuduh Beliau Sebarkan Foto Bogel Bersama Atikah Suhaime


Ammar Alfian Kecewa Idris Khan Tuduh Beliau Sebarkan Foto Bogel Bersama Atikah Suhaime|Pernah dikaitkan mempunyai terlibat didalam video lucah “threesome” bersama Idris Khan dan Atikah Suhaime, nama Ammar Alfian sekali lagi menjadi tumpuan apabila foto bogel Idris dan Atikah tersebar baru-baru ini.
Ammar ternyata kecewa apabila dituduh sebagai dalang disebalik penyebaran tersebut apatah lagi tuduhan itu dibuat oleh rakan karibnya sendiri iaitu Idris.
Menurut Amar,Idris menerusi aplikasi WhatsApp mengirim dua mese yang menuduh beliau tentang penyebaran foto bogel itu yang telah menjejaskan kerjaya dan nama baik keluarganya.
Saya terkejut dan terkilan dengan mesej yang dihantar. Tuduhan itu dianggap melampau kerana saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu. Sepatutnya sebagai kawan dia datang berjumpa dengan saya daripada membuat tuduhan melulu.
Apa saya boleh jawab kepadanya adalah banyakkan bersabar. Ini kerana saya juga bersabar dengan tindakannya itu. Kemudian, saya terus berdiam diri kerana berasakan perkara itu tidak ada kaitan langsung dengan saya.
Ammar mempersoalkan dimana nilai persahabatan buat Idris yang sanggup menunding jari kepada beliau atas kesalahan yang Idris lakukan sendiri.  Tambah Amar, Idris sebenarnya hanya berlagak baik.
Buat Ammar, jika benar individu didalam foto berkenaan bukanlah dirinya dan Atikah, untuk apa mereka berdua cepat melatah.

Pada masa yang sama Amar mencabar Idris supaya tampil dengan bukti yang kukuh sekiranya beliau adalah dalang yang dimaksudkan.
Kawan jenis apa yang sanggup menuduh saya atas kesalahan yang dilakukan sendiri. Kenapa perlu nak mereka cerita sedih dan berlagak baik sehingga mengalih topik dengan mahu mencari dalang kepada masalah ini?
Dalam perkara ini dia perlu tampil dengan bukti. Saya cabar dia datang berjumpa dengan saya. Jangan hanya pandai bercakap dan menuduh orang lain saja. Kata orang berani kerana benar, takut kerana salah.
Saya percaya Idris dan Atikah ada menyimpan gambar itu dalam telefon pintar masing-masing. Mungkin ada pihak lain yang cuba mengenakan mereka atau adakah ini strategi untuk mendapatkan publisiti? Itu saya tidak tahu. Apa yang saya tahu ialah saya bukan penyebar gambar bogel itu.

Kali ini kami bersetuju dengan Ammar, tidak perlu menunding jari kepada sesiapa berkenaan foto bogel berkenaan. Kalau foto itu tidak benar, apa yang perlu dirisaukan bukan? Dan kalau betul Ammar dikatakan sebagai dalangnya, sila tampil dengan bukti yang jelas agar perkara ini tidak terus menjadi teka teki dan berpanjangan.


SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment