MELAKA, 13 Jun - Bekas gangster Singapura, Abang Long Fadhil tampil bersuara setelah viral gambarnya bersama seorang wanita bertudung yang dilihat turut mempunyai tatoo tersebar di media sosial.
Fadhil, 29, berkata dia kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mereka-reka cerita dan membuat andaian kononnya wanita yang dikenali sebagai Fyka Sam itu merupakan pasangannya.
“Kami bertemu dalam sesi fotografi di sebuah butik di Johor Bahru kira-kira dua minggu lalu. Saya dijemput ke butik berkenaan sementara wanita itu adalah model jubah wanita butik sama.
“Saya harap orang ramai tak salah anggap pada saya. Jangan suka-suka hati bikin cerita. Kalau nak tahu cerita sebenar tanya saya dulu sebelum suka hati sebar atau viralkan cerita tak benar,” katanya.
Tambah Fadhil, dia tidak pasti niat pihak tersebut memuat naik gambar itu.
“Saya harap jangan ada yang buat spekulasi. Saya kesal kerana gambar itu boleh memberi tanggapan buruk terhadap diri saya," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Selain itu, Fadhil juga meminta orang ramai tidak memperlekehkan penghijrahannya, sebaliknya meminta dibimbing dan didoakan supaya dia terus istiqamah dalam setiap perkara kebaikan yang dilakukan.
“Penghijrahan saya bukanlah untuk dipermainkan. Saya perlukan sokongan serta doa semua orang supaya saya istiqamah,” katanya. - SUMBER
Blogger Comment
Facebook Comment