Video kasih seorang ayah tarik lebih 1 juta pelayar
SEBUAH video bertemakan Hari Bapa telah menarik perhatian 1,208,457 tontonan dari pelayar di laman Facebook.
Video tersebut menampilkan seorang ayah yang lumpuh bersama anak lelakinya di sebuah restoran.
Tanpa disengajakan, makanannya tertumpah ke seorang wanita yang kemudian bertindak memarahi ayah lelaki tersebut.
Selepas wanita tersebut berlalu, si anak terus menyuap makanan kepada ayahnya yang berlinangan air mata tidak lama kemudian.
Penonton kemudian dibawa ke masa lampau di mana ayah lelaki tersebut menyuap anaknya yang masih kecil.
Si anak kemudian tidak mahu menahan tangisannya dan menangis bersama si ayah.
Kejadian tersebut disaksikan oleh orang di sekeliling dan wanita yang telah memarahi ayah lelaki tersebut juga menangis.
Video tersebut telah dimuatnaik pada 5 Jun lepas dan telah dikongsi kembali oleh 26,690 pelayar.
Rata-rata pelayar terus teringatkan ayah masing-masing dan berterima kasih kepada video tersebut kerana telah menyampaikan sesuatu yang bermunafaat.
Hari Ayah disambut seluruh dunia pada 16 Jun nanti.- Sinar

Blogger Comment
Facebook Comment