"DULU USIA 2-3 BULAN, BOLEH JE MAKAN BUBUR, HIDUP JE SAMPAI SEKARANG ?"



Salam Doktor.

Saya ada seorang anak yang berusia 5 bulan menjelang raya ini. Tetapi keluarga saya dan keluarga sebelah mertua dah nak buatkan nasi empit lembik lah, bubur lah. Sedangkan saya dah beritahu yang bayi berusia 6 bulan ke atas, baru boleh makan. Itu pun puree.

Tetapi bila saya kata begitu, mereka akan kata,

"Dulu boleh saja minum glukos, makan bubur umur 2-3 bulan. Hidup saja sampai sekarang?"

Doktor ada tak penerangan mengenai kesan bagi bayi berusia 6 bulan ke bawah makan bubur atau apa-apa selain susu ibu? Terima kasih doktor.

Waalaikumussalam,

Bayi yang berusia 6 bulan ke atas sahaja yang sesuai diberikan makanan separuh pejal. Ini kerana usus dan sistem penghadaman bayi yang berusia 6 bulan ke bawah belum lagi matang. Mereka belum bersedia untuk menghadam makanan yang kompleks dan terlalu banyak rempah.

Begitu juga dengan pemberian glukosa tidak digalakkan kepada bayi berusia setahun ke bawah.

Ucapan kata-kata, "Dulu boleh je minum glukos makan bubur umur 2-3 bulan. Hidup je sampai sekarang" adalah ibarat berkata,

"Dulu bawa motosikal tak pakai helmet. Hidup juga sampai sekarang."

Malang tak berbau. Bila sudah berlaku, tiada apa yang hendak disesalkan lagi.

Puan sebagai ibu, bertanggungjawab penuh kepada anak puan. Tunjukkan kepada mereka bahawa puan adalah ibu kepada anak puan dengan bertegas (dan berhikmah).

Jika anak puan sakit, terpaksa dibedah dan ditahan di wad beberapa minggu, yang akan menjaga anak puan ialah puan sendiri, bukan orang lain.

Banyakkanlah berdoa, semoga Allah menyelamatkan anak-anak kita dari bahaya dan kezaliman serta kejahilan manusia sekeliling. Maaf jika perkataan saya agak kasar. Itu semua untuk kebaikan anak puan yang masih kecil dan tidak berdosa. - Dr Zubaidi

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment