Tips Kreatif Untuk Konsisten Bangun Subuh

Tidak dinafikan bahawa solat yang paling sukar untuk dilakukan dalam waktunya adalah solat subuh. Bukan kerana solat subuh jauh lebih sukar dari solat-solat lain tetapi kerana sukarnya kita untuk bangun tidur. Keadaan ini mungkin berlaku kepada semua peringkat umur.

582405_3827583004261_1971460115_n
Saya sendiri kadang-kala menghadapi masalah yang sama. Di sini saya ingin kongsikan beberapa langkah kreatif yang boleh kita sama-sama amalkan.

Tips Kreatif Untuk Bangun Solat Subuh


Langkah 1: Banyakkan Jam Loceng
wake-up-early
Perbanyakkan jam loceng yang boleh mengganggu tidur kita. Letakkan ia di beberapa tempat. Mungkin dengan hanya satu jam kita akan tutup dan terus menyambung tidur. Tetapi dengan jam yang banyak kita terpaksa menutupnya satu persatu sehingga terpaksa bangkit dari tempat tidur.
Jangan lupa untuk letakkan jam loceng tersebut pada tempat yang berlainan dan agak jauh dengan katil kita.

Langkah 2: Tidur Tanpa Selimut Dan Bantal
maxresdefault (5)
Jika kita seorang yang sering tidur bertemankan bantal busuk dan selimut kesayangan, kali ini cuba tidur tanpa semua itu. Letakkan bantal dan selimut kita di tempat yang jauh. Biar tidur kita kurang selesa.

Langkah 3: Tidur Di Atas Lantai
sleeping-on-floor
Jika masih tidak dapat bangun walaupun sudah tidak berbantal dan selimut, kali ini kita tak perlu lagi tidur di atas katil. Tidur saja atas lantai. Kadang-kadang kita sukar nak bangkit dari tidur adalah kerana badan kita terasa lemah bila berada di atas tilam yang lembut.

Langkah 4: Sediakan Semangkuk Air
bowl-of-water
Adakalanya kita sudah terjaga dari tidur tetapi tetap berdegil tidak mahu bangun. Dalam hati berkata, “sambung sikit lagi…sikit lagi..sikit lagi..” dan akhirnya kita kembali tertidur sehingga habis waktu subuh.
Cara yang mudah untuk mengelakkan sifat buruk ini ialah dengan menyediakan semangkuk air di sisi tempat kita tidur.
Apabila tersedar, letakkan tangan kita dalam air itu. Badan kita akan terus rasa segar seperti terkena kejutan elektrik. Kalau nak lagi kaw, selamkan terus muka kita dalam air tu. InsyaAllah lepas tu kita akan terus bangun untuk solat!

Langkah terakhir: Tidur Awal Dan Disiplin Terhadap Masa Sendiri
the-importance-of-sleep_01
Sebenarnya untuk bangkit solat subuh bukanlah perkara yang sukar jika kita berdisiplin dengan waktu tidur kita.
Tidur dengan membaca doa dan minta perlindungan dari Allah supaya kita diberi kekuatan untuk bangun solat subuh.
Amalkan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum tidur.
The post Tips Kreatif Untuk Konsisten Bangun Subuh appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment