Suami Cedera Parah Tak Tahu Anak Dan Isteri Maut Rentung Dalam Kereta

Suami Cedera Parah Tak Tahu Anak Dan Isteri Maut Rentung Dalam Kereta


kolio
Suami Cedera Parah Tak Tahu Anak Dan Isteri Maut Rentung Dalam Kereta|Kemalangan yang mengakibatkan dua beranak rentung dalam nahas bangka yang melibatkan pertembungan antara kereta Toyota dengan Suzuki yang berlaku tengah hari ahad kelmarin 12.06.2016.
Kereta jenis toyota mengalami kerusakan di bagian depan,manakala zusuki terbakar dengan penumpang sepasang suami isteri dan seorang bayi berusia 8 bulan.
Dalam nahas tersebut Yuyun 28 tahun dan bayinya rasdan 8 bulan maut rentung di dalam kejadian,sementara suaminya agiyanto 30 tahun berjaya di selamatkan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Menurut sumber tiga beranak tersebut dalam perjalanan melawat pakcik isteri mangsa yang meninggal dunia,diketahui pasangan itu memiliki dua anak ,satu berumur 8 bulan seorang lagi berusia 1.5 tahun yang  dititipkan bersama neneknya.
Manakala penumpang kereta toyota terdapat lima beranak termasuk kanak kanak berusia 4 tahun hanya mengalami luka ringan.
Difahamkan punca kejadian adalah kereta toyota yang pecah tayar bagian belakang secara tiba tiba terus hilang kawalan dan melanggar kereta Suzuki yang datang dari arah bertentangan.
Menurut saksi mata Adam zein mengatakan tragedi berlaku ketika cuaca hujan lebat di sertai dengan petir kuat,kawasan tersebut memang selalu berlaku kemalangan karena memiliki jalan turun naik ,hingga sukar melihat kedepan dengan jelas apatah lagi dalam cuaca hujan.
13407337_1211049745595518_6320531398782383871_n
Adam dalam bangka post yang di hubungi pemberita mengatakan keadaan kedua mangsa yang terbakar tersepit di dalam kereta sangat mengenaskan.
“Keduanya dalam keadaan berpelukan,nampak si ibu cuba menlindungi bayi,kami pun tidak tahu bahwa ada orang yang terbakar di dalam kereta selepas kami meyelamatkan mangsa lelaki yang tidak sedarkan diri,akan tetapi selepas api berangsur padam karena hujan,di antara besi besi kereta yang remuk kami melihat dua jasad bepelukan ,kata adam.
Mangsa yang terselamat terus dilarikan kehospital untuk mendapat rawatan,Sejauh informasi yang di kumpul Agianto masih belum sedarkan diri dan masih belum mengetahui bahwa anak dan isterinya sudah pun meninggal dunia dalam nahas tersebut.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment