Share..Waspada Jika Selalu Alami Situasi Ini..Ustaz Dedah Tanda Ada ‘PENGHUNI’ Dalam Badan !!!

Waspada Jika Selalu Alami Situasi Ini..Ustaz Dedah Tanda Ada ‘PENGHUNI’ Dalam Badan !!!Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti.

Capture
Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya.
Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.
Apakah itu saka?
Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.
Semasa program Wacana Perdana bulan lepas, Ustaz Sharhan Shafie telah menerangkan beberapa tanda-tanda saka dalam badan.
Di antara tanda-tandanya adalah:
  1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
    2. Selalu bermimpi berada di awangan.
    3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:
  1. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
    5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
    6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
    7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
    8. Berdebar-debar tanpa sebab.
    9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.
Apa yang anda perlu buat?
Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.
Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.
Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.
Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.
Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi ‘ala kulli syai in hafeez).
Teruskan berusaha dengan mencari penawar dan bertawakkal kepada Allah. Insya-Allah.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment