SEBAB KENAPA KITA DIGALAKKAN BERBUKA PUASA DENGAN IBUBAPA

Gambar Hiasan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang pernuh keberkatan, bulan dimana penuh dengan pahala berlipat kali ganda jika melakukan amal ibadah.

Bulan ini juga kebanyakan keluarga berkumpul berbuaka puasa bersama, tidak kira jauh atau dekat, jika boleh pulang, pulanglah berbuka puasa dengan ibu bapa kita tercinta walaupun untuk sehari.

Bukan apa, ajal maut ditangan Tuhan, mungkin ini Ramadhan terakhir bagi kita atau ibu bapa kita. Sudah pasti kepulangan anak-anak akan membuatkan riak wajah kedua-dua ibu bapa tersenyum gembira.

Seorang lelaki bernama Syed Mohd Nazli telah berkongsikan sebab berdasarkan pengalamannya, sebab kenapa anda perlu pulang berbuka puasa dengan ibu bapa anda.

Jom kita baca.

"Pulang lah anak anak sekelian,
hiburkanlah hati Mak Ayah kita,mana tahu ini ramadhan terakhir kita
'makan soq dan buka posa' dengan mereka"
_______________________________________________

"Saya pernah bertanya sepasang Mak Ayah di kampung ketika petang santai menunggu berbuka :
'Masak apa buka posa ni Mak Ngah'

Jawabnya :

'Berdua kami ni buka posa makan apa ada sajalah Syed oi,lain lah kalau ada anak anak balik mai,seronoklah nak makan macam macam"
_______________________________________________

Hari ini hari tengok anak bulan,kemeriahan dikampung biasanya dengan persiapan makan minum menyambut puasa,Masjid dan Surau disiapkan untuk menyambut orang ramai solat tarawikh,disana sini ada saja orang jual daging segar,ayam segar dan berbagai lagi.

Puasa membawa seribu kenangan ketika aku baru diajar puasa oleh Mak,dengan penuh rasa kasih sayang memujuk untuk bertahan dari lapar dan dahaga,baring diribaan Mak sambil Mak memujuk 'adik nak makan apa nanti nak buka puasa',

Masa tu segala macam makanan diminta dan Mak pastinya akan memenuhi permintaan ku,
Menunggu bunyi gendang raya dari Masjid untuk buka puasa didepan meja yang penuh dengan hidangan permintaan aku memang menyeronokkan,lauk pauk,kuih muih semuanya dimasukkan dalam pinggan,Mak menjeling dan sesekali menyebut 'awai lagi tu'.

Selesai buka puasa aku terlentang di ruang tamu kekenyangan,didapur terdengar Mak mengemaskan dapur,tidak berbunyi sebarang rungutan dari Mak melambangkan nilai tinggi kasih sayangnya merasa seronok dapat melatih anaknya berpuasa dan menjamu anak buka puasa.

Malam nya Mak tak nampak pun berehat,Mak bersila melipat pakaian sambil memujuk pula aku supaya tidur awal sebab esok nak bangun 'soq'.

Se awal pukul 4 pagi Mak dah bangun menyiapkan hidangan untuk soq,biasanya ada lobak masin,telur masin dan lauk pauk biasa yang lain,

Selesai semuanya Mak mula gerak untuk bangun makan soq,memang sangat liat untuk bangun tengah sedap tidur,Mak akan gerak dengan lembut dan memujuk 'bangkit lekas,nak makan,esok nak puasa,kalau tak makan nanti tak larat puasa' aku masa itu memberontak tak nak bangun,tak nak makan,Mak terus memujuk dan memujuk,aku meninggikan suara 'orang kata tak mau,tak mau la' lalu akhirnya Mak meninggalkan aku tidur,aku rasa lega tak payah bangun,tiba tiba Mak datang pula gerak lagi dan disisinya ada pinggan nasi memujuk untuk aku bangun dan nak menyuapkan aku makan,akhirnya aku makan soq Mak suapkan.

Esoknya aku puasa dan biasanya kalau sekolah cuti duduk kat rumah lah,aku melihat Mak yang tak duduk diam melakukan tugasan rumah,mencuci pakaian,kemas rumah dan sebagainya.

Selepas tengahari aku mula lapar dan nak makan,nak minum,aku dipujuk lagi 'adik,tahan lah sikit lagi,tak lama dah nak buka puasa,adik nak makan apa,pi tidur,nanti Mak masak untuk buka puasa'

ALLAHUAKBAR,

Begitulah hari hari aku lalui dan melihat kesungguhan Mak mendidik aku berpuasa dan sungguh aku melihat keseronokan dan kegembiraan yang terpancar di wajah Mak ketika bulan puasa saban tahun sehinggalah aku dewasa pun Mak akan tanya nak makan apa untuk buka puasa dan akan dimasaknya permintaan ku.

Masa berubah dan aku bersama keluarga sendiri,namun setiap kali bulan puasa aku akan pastikan aku pulang untuk bersahur dan berbuka di awal ramadhan dengan Mak,aku bangun awal dan siapkan hidangan soq untuk Mak,esoknya Mak dan aku sama sama bertanya kami nak makan apa untuk buka puasa,sekarang Mak berusia 74 tahun namun tetap gagah memasak makanan kesukaan ku untuk buka puasa.

Sungguh,nikmatnya tak terkata,nikmat dan kebahagian yang tak terhingga dapat ku lihat terpancar di wajah Mak bila aku pulang dipenghujung sya'ban untuk menyambut puasa dengannya.

Hari ini aku dan keluargaku telah berada di Sungai Rusa,Balik Pulau,pulang untuk bersahur dan berbuka puasa dengan Mak dan aku telah melihat pancaran kebahagian dan keseronokan Mak untuk menyambut ramadhan bersama aku dan keluarga.

Mak sekarang dah tanya menantu nya pulak 'nak makan apa buka puasa ni'

Anak anak sekelian,saya yakin apa yang saya lalui ini juga dilalui oleh saudara/i semua,saya juga yakin yang Mak saudara/i juga seperti Mak saya ingin merasakan keseronokan bersahur dan berbuka puasa dengan anak cucunya.

Justeru

Anak anak sekelian,

Pulanglah kepangkuan Mak Ayah untuk bersahur dan berbuka puasa diawal ramadhan ini,kenapa perlu di awal nya,kerana disitulah sentuhan rasa hati dan Mak Ayah kita akan terkenangkan ketika itu mereka membuang rasa letih mereka dan melayan kita bersahur dan berbuka puasa dimasa kita bersama mereka dahulu.

Pulang lah anak anak sekelian,

hiburkanlah hati Mak Ayah kita,mana tahu ini ramadhan terakhir kita
'makan soq dan buka posa' dengan mereka.

Saya pernah bertanya sepasang Mak Ayah di kampung ketika petang santai menunggu berbuka :
'Masak apa buka posa ni Mak Ngah'

Jawabnya :

'Berdua kami ni buka posa makan apa ada sajalah Syed oi,lain lah kalau ada anak anak balik mai,seronoklah nak makan macam macam'

Harapnya bukan Mak Ayah saudara/i lah bersedih sebegitu.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment